Thursday 19 January 2012

Wahai Pencipta ku...

Ya Allah..
Aku bersyukur pada-Mu...
Bersyukur atas nikmat yang Kau berikan padaku..
Kau pelihara diriku, imanku dan agamaku...

 Ketika diriku sedang leka dengan dosa pada-Mu..
Ketika diriku leka dengan keindahan yang sementara itu..




Ya Allah...
Aku hanyalah hamba-Mu...
Hamba yang senantiasa menzalimi diri...
Hamba yang kufur pada nikmat-Mu...
Hamba yang mengikut hawa nafsu..

Ya Allah..
Aku mohon pada-Mu..
Kembalikanlah kemanisan iman dalam diriku..
Kemanisan yang pernah Kau berikan padaku..
Kemanisan yang telah Engkau ambil dariku..
Atas kejahilanku yang berulang kali kulakukan..

Ya Allah..
Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang...
Lindungilah aku, payungilah aku dengan sayap para malaikat-Mu...
Peliharalah pandanganku Ya Allah..
Peliharalah hatiku Ya Rabbi..
Peliharalah diriku Ya Rahim..

Ya Allah...
Penuhilah hatiku dengan cinta dan rindu..
Cinta dan rindu pada-Mu dan Rasul-Mu...
Cinta dan rindu pada bisikan kalam-Mu..
Cinta dan rindu pada kematian..

Ya Allah...
Andai aku ditakdirkan mati..
Matikanlah aku dalam iman..
Matikanlah aku dalam Islam..
Matikanlah aku ketika aku bersujud pada-Mu...
Dan matikanlah aku di dalam rumah-Mu..

Ya Allah..
Terimalah taubatku ini...
Kerana aku..
Aku takut dengan azab-Mu..
Aku takut dengan panasnya api neraka-Mu..
Mana mungkin dapat aku menahan sakitnya azab-Mu..
Aku takut Ya Allah..

No comments:

Post a Comment

"Mudah²an engkau sedar bahawa engkau sekadar menghitung hari..
Setiap kali matahari terbenam bermakna satu hari
telah hilang daripada kiraanmu..
Itu juga bermakna sebahagian hidupmu juga telah hilang."

~Al-Imam Hasan Al-Basri~