Thursday, 19 January 2012

Asalkan Kau Terus Melangkah!!!...

Sahabatku..
Biar ujian seberat gunung..
Walaupun kau jatuh ke lubuk yang dalam Terperosok..
Hitam dan seakan-akan tiada cahaya..
Jangan kau mengalah..
Teruslah melangkah..

Teruskan melangkah..
Walaupun ia tidak mudah..
Biar langkahanmu kecil atau tidak gagah..
Ku tahu..
Pasti ia berat dan payah..
Namun itu semua tidak menjadi masalah..
Asalkan kau terus melangkah...
Ya, asalkan kau terus melangkah..

Bangkitlah!
Angkat wajahmu..
Bersihkan kotoran di bajumu..
Buka jendela yang menutupi ruang-ruang hidupmu..
Keluarlah dikau...
Dan lihatlah sinar mentari itu!

Sahabatku..
Teruskan langkahanmu..
Lagi.. dan lagi..
Jangan sesekali kau hentikannya..
Ya..
Jangan.. dan jangan..
Kerana aku..
Amat-amat Teringin..
Agar dikau dapat sama-sama merasai
Keindahan hari esok itu ^_^

Teruskan langkahanmu, wahai sahabatku. . .
kau tidak berseorangan..
Allah bersamamu...
dan kami jua dibelakangmu..




" Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."
- Surah At-Taubah : 41 -

No comments:

Post a Comment

"Mudah²an engkau sedar bahawa engkau sekadar menghitung hari..
Setiap kali matahari terbenam bermakna satu hari
telah hilang daripada kiraanmu..
Itu juga bermakna sebahagian hidupmu juga telah hilang."

~Al-Imam Hasan Al-Basri~