Tuesday 31 July 2012

Aku rindu....


rindu rasanya...ditarbiah..
ditegur bila tersalah..
diingatkan bila terleka...
dipujuk bila terluka...

rindu rasanya...ditanya..
bila ada yang tak kena...

rindu..
pada dia yang peduli....
dan bila cuba menyimpan rapi...
menyembunyikan luka dan segala calar dihati...
dia tahu, dan perasan, ada sesuatu sebenarnya yang ingin dikongsi..

rindu pada dia..
memberi semangat saat goyah...

rindu pada kata membina saat sebak menjengah...
rindu pada kata-kata semangatnya...

tak selamanya kita kuat,
dan tak selamanya kita boleh bersendiri...

dan kadang2, yang kita perlukan..
bukanlah orang yang boleh memahami dan mengerti..
tapi seseorang yang boleh dipercayai, untuk berkongsi...

Monday 30 July 2012

Lelaki itu..


Ada org bertanya :
-> salam ustaz..dalam memilih pasangan hidup..
faktor sekufu perlu diambil kire ke? contohnya sekufu dlm bab pengetahuan agama..

Jawapan UAI :
-> " kalau kita pompuan..cari suami lebih alim dari kita..sbb suamikan ketua dalam rumah tangga mcm ketua dlm jabatan..takkan kerani lebih akademik daripada pengarah.." ^.^

 ...........................................................................................................

sekadar hiasan...hehee..
Aku cukup kagum apabila melihat seseOrang lelaki
Tampannya sukar Diterjemah,
Bukan dari paras rupa tapi pada Akhlaknya yang indah..

Pabila AZAN dengar ditelinga,
Dialah orang Pertama menuju ke rumah yang Esa,
Bukan kerna terpaksa tapi untuk Menunaikan seruanNya….

Dia sabar bila ditimpa MUSIBAH,
Membuatkan IMANnya makin BERTAMBAH,
Dia lebih TAWAKAL serta REDHA pabila USAHA telah dilakukannya…

Muamalatnya amat TERJAGA,
Pergaulan antara lelaki dan wanita amat DIAMBIL kira,
Kerna sudah tahu permainan syaitan itu amatlah LICIK &
Kerna takut ALLAH akan menjadi MURKA serta dirinya juga yang kecewa..

Ilmu yang ada diKONGSIkan bersama,
Buat amalan manusia dan juga DIRInya,
Senyum tak lekang DIWAJAH pabila DAKWAH dilakukannya…..

Pabila bertembung dengan MUSLIMAH,
Pasti PANDANGANnya turun ke BAWAH,
Bukanlah kerana JIJIK,cuma MENJAGA iman di DADA…

Ibu dan Ayah diHORMATInya,
Tanda SAYANG dan juga CINTA,
Bukan kerana terbiasa tapi untuk mendapat REDHA TUHANnya....



siapa??
jangan menjeling2 kearah orang lain...
Namun jadilah orang itu...InsyaAllah...(^__^)


Dlm riak wajah ada pancaran dakwah....
Dlm tutur bicara ada gema tarbiah...
Dlm gerak langkah ada semangat jihad yang terserlah..

kita lupakan wajah yang layu...
kita tinggalkan bicara pilu...
kita kuburkan langkah yang lesu...



 Lelaki naik skuter nampak JAMBU, Naik 125zr nampak RANGGI, Naik basikal nampak COMEL,  
Lelaki naik tangga masjid nampak SOLEH.^_^



اللّهُمَّ كَمَا حَسَّنْْْتَ خَلْقِيْ فَحَسِّنْ خُلُقِيْ

“Ya Allah Ya Tuhanku sebagaimana Engkau telah memperelokkankan kejadianku , maka hiasilah budi pekertiku dengan akhlak yang baik”.

Monday 16 July 2012

Aku Hipokrit??

Jangan sangka semua benda sempurna. Hipokrit inilah mengajar proses perubahan diri.

Sedih...Hampa...Kecewa...Benci!

Bila aku rapat dengan orang-orang baik, orang-orang soleh, orang-orang beriman,
aku rasa diri saya terlalu kerdil...Terlalu berdosa...
Budi bahasa mereka...Akhlak mereka...
Sopan santun mereka sungguh menambat jiwa dan perasaan...
Kecantikan akhlak islamiyyah mereka sentiasa terpancar dari lubuk hati yang beriman kepada Allah.

Berbeza dengan diri ini...
Ibaratnya aku ini di hadapan mereka terlalu baik...
Tetapi di belakang mereka, aku tidak semegah mana...
Masih lagi lemas dalam krisis identiti....

Terasa diri seperti bayang-bayang....
Wujud atau pun tidak? Wujudkah diri ini di alam nyata?

Kadang-kadang benci dengan diri sendiri tatkala tewas dengan ujian....
Kaki ini bukan menapak ke hadapan,
tetapi berpuluh-puluh kali berundur ke belakang di garisan kehidupan...
Tidak tahu mana arah tuju yang sebetulnya...



HIPOKRIT.

Sangat hipokrit...
Berpura-pura baik di hadapan orang....
Berlagak alim di mata pena. Padahal?
Budaya hipokrit begitu menebal di dalam diri...
Disangkakan pelangi wujud selepas hujan rupanya ribut taufan yang melanda....
Diri ini masih dalam proses perubahan....

Merubah, merubah dan merubah diri....
Walaupun aku tahu amat sukar...
Susah dan seringkali putus asa....

Diri ini sama sekali tidak nafikan kelemahan diri membuatkan kegusaran emosi
mengalahkan batasan iman.

Tapi aku cukup pelik dengan satu hadis :


Rasulullah SAW bersabda : "Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis" (Hadis riwayat At-Tabrani)

Ulang suara. 'Buat-buatlah menangis'? Kenapa pula? Bukankah itu juga satu perbuatan hipokrit?



HIPOKRIT ISLAMIK.

Hati memang tidak mahu baca Al Quran...
Memang tak faham pun...
Buat apa baca kalau tak faham...
Tapi kenapa Rasulullah SAW suruh juga baca, lepas tu buat-buat menangis?

Baginda nak ajar kita jadi hipokrit ke?
Buat baik depan orang walaupun hati macam hantu?

Bukankah pada zahirnya, 'buat-buat' tu bererti berlakon? Adakah kita mahu menipu Allah?

Sedarlah diri....

Jangan menipu diri....
Apatah lagi menipu Allah, berdosa....
Allah Maha Tahu setiap hambaNya walaupun hanya terlintas di fikiran barang sesaat...
Nak buat jahat, Allah sudah tahu...
Nak buat baik, walaupun hanya niat sahaja,
sudah diberi pahala ganjaran oleh Allah...

Fahamilah....
aku & kOrang sedang bermain provokasi sekarang...
Dengan sepenuh kepercayaan jiwa dan raga bertunjangkan keimanan, yakinlah sesungguhnya Allah itu Paling Faham sifat hambaNya. Sememangnya Allahlah menciptakan kita semua. Sebelum Dia mencipta, Dia sudah tahu perangai hambaNya macam mana. Sudah habis khatam karenah dan gelagat kita semua.

Dia tahu, bahawa untuk manusia menjadi hamba yang baik, dia tidak akan dapat terus jadi baik. Dia harus melalui proses yang panjang. Sedikit demi sedikit, perubahan akan berlaku.

Allah tahu segalanya. Dia tahu batasan kita setakat mana. Kita tidak boleh berubah secara mendadak. Tetapi sedikit demi sedikit. Sebab itulah Allah berfirman "buat-buat menangis" sahaja. Bukan "wajib" atau "harus".

Jadi maksudnya, walaupun diri masih belum sempurna iman...
Sabarlah...Tabahlah...Istiqamahlah untuk melatih diri menjadi hamba Allah yang soleh...
Pepatah pun ada berkata "sedikit-sedikit lama-lama jadi gunung"...
Harus ada sabar dalam tarbiyyah (didikan) Allah....

Untuk menggapai kesempurnaan iman, jangan takut menerima ujian.

Inilah seruan jiwa untuk dekat dengan Tuhan...
Jiwa yang menginginkan kebaikan buat dirinya,
juga buat sahabatnya dan insan yang disayanginya.

*cOpy n paste

Sunday 15 July 2012

"SAYA TERUJA" KAHWIN MUDA



"Apabila aku berhadapan dengan soal jodoh, aku terkasima seketika. Otakku berfikir, semuanya aturan Allah SWT, aku yakin suatu masa jodohku akan tiba. Dengan siapa, bila, di mana dan bagaimana itu aku tak tahu. Pengetahuan manusia memang terbatas, manusia tak boleh menjangkakan apa yang berlaku selepas ini, esok dan seterusnya" 


Iman : Jom kahwin awal nak?
Akal : Eh, kenapa pulak tibe-tibe? Kan kite tengah study lagi?
Nafsu : Yelah...apelah! Study tak abes lagi, dah gatal nak kahwin.

********

Iman : Abes tu..kau gatal couple dengan dia boleh?
Siang malam bersayang-sayang, tak dan kalau tak message, tak jumpa sehari.

Akal : heeeeeeeee.......ala..biasalah ghindu. Hehe..

Nafsu : Eleh...Kolot lah kau. Jumud! Otak sempit kau tahu tak? Biasalah orang couple, mestilah message tiap-tiap jam, dating tiap-tiap hari, kalo tak buat macam tu, nanti orang kate kau tu tak up to date, tak laku, tak cun..kau sanggup ke orang mengate diri kau?

*********

Iman : Kau ni couple ngan dia sebab sayang ke? atau tak sanggup nak dengar orang mengata kau? Cinta zaman moden skang hanyalah budaya dan ikut-ikutan. Sorang nak couple, yang lain pun nak couple. Seolah-olah satu kempen "Mari bercouple!" Kenapa kita tak terbalikkan je? Jadikan kempen "Mari kahwin muda"?

Akal : Opsss...! Hehe...Mula-mula memang ler aku kesian kat dia, nanti kalo aku tolak cinta dia, tak sampai hati plak nak lukakan hati dia. Lagipun dia encem, macho, ade duit, kete pun ade...senang nak gi mane-mane. Best-best! Emmm...Kahwin muda eh. Segan la..pakwe aku nak ke? Aku pun macam tak sedia lagi.

Nafsu : Yang kau loghat apesal, bia lah. Tengok tu, dulu malas blaja, skang..pergh!! Tiap-tiap hari pegi library. Dulu result takat paras hidung, nyawa-nyawa ikan, skang plak, apemacam? Hebat wohhh!! Student tip top, anugerah dekan setiap semester. Woi bro! Kahwin muda kau ingat senang ke? Kaya mak bapak kau.


*************

Iman : Kita kene beringat selalu, setan pernah bersumpah dengan Allah yang dia akan sesatkan anak Nabi Adam supaya dapat temankan dia di neraka. kau nak ke? Setan akan berusaha sedaya upaya dengan menjadikan kita berasa perkara haram itu banyak memberi banyak kebaikan. Jadi, pelbagai alasan diberikan untuk menghalalkan perbuatan kita. Macam yang kau cakap tadi, daripada malas jadi rajin study.

Ajal maut, jodoh dan rezeki Allah yang bagi. Asalkan ada agama dan beriman insyaAllah, semiskin mana pun bakal pasangan tersebut Allah telah tetapkan sejak azali lagi bahagian rezekinya. Percayalah!

Akal : Neraka? gulp......Kahwin muda lagi? No komen!

Nafsu : Macam-macam plak kau. Abistu kau ingat nak kahwin awal senang ke? Kau pun konon berlagak macam ustaz, ilmu agama dah habis khatam ke? Baca al-Quran pun tergagap-gagap. Nak pimpin anak bini camne? Anak orang oi...belum pape rosak rumahtangga, hancur berkecai. Jap, aku nak kasi kau fakta sikit bia kau ternganga, lelaki jenis lambat matanglah daripada pompuan, ape citer plak?

***********

Iman : Memang. Memang lelaki lambat matang. Itu fitrah tetapi tak semua lelaki sebegitu. Ada yang cepat, ada yang lambat. Dan melalui kaedah kahwin mudalah mereka cepat jadi matang. Mereka akan belajar proses mendewasakan pemikiran, jasadiyyah, rohaniah dan sebagainya. Malah lebih manis lagi, mereka tidak belajar keseorangan, mereka belajar bersama-sama isteri tercinta. MasyaAllah!! So sweettttttt.......

Akal : a'alah...tak terpikir plak kepala otak aku. Pandai jgak kau ni eh. Macam tu ada can lah aku nak kahwin awal ni. Hehehe..malu. malu...

Nafsu : Cehhh...bajet jer tu. Aku pelik la..kau ni mesti ade muslihat. Kenape kau ber-iya sangat nak paksa orang kahwin muda? Apa yang buat kau teruja sangat pasal bab cintan-cintun, kahwin-kahwin? Kau tu nape tak kahwin muda? Nak suruh orang tapi diri sendiri? Hampeh jer....

**************

Iman : Aku bukan memaksa, aku hanya mengajak demi ke arah kebaikan dan lebih selamat. Cinta itu fitrah, jangan jadikannya sebagai fitnah apabila kita tidak mengikut guideline yang telah Allah tetapkan. Aku takde satu muslihat pun, niat aku baik.

Sebenarnye aku sedih. Sedih sangat. Aku sedih tengok remaja-remaja sebaya dengan aku sudah jauh dengan penghayatan agama yang sebenar. Budaya islam bagai sudah tiada tempat dalam jiwa mereka. Malah budaya barat yang mereka gila-gilakan sudah menjadi darah daging dan sebati dengan selera nafsu mereka. Fesyen, hiburan, couple, sukan contohnya bola sepak dan macam-macam lagi. Benda-benda ni sebenarnya bagus tapi telah dicampuradukkan dengan kelalaian dan tiada lillahi ta'ala.

Couple menjadi satu fenomena, budaya atau ikutan para remaja Islam. Kita perlu berusaha untuk menjernihkannya kembali, kita perlu mencegah budaya ini daripada meliar dan terbabas jauh menyimpang daripada norma-norma agama. Cegahlah daripada membarah. Selamatkan kawan-kawan kita. Jadikan kahwin muda sebagai salah satu kaedah untuk mencegah kegilaan nafsu dan anak luar nikah.


Ayuh! Mari berkempen "Syoknya nikah awal!" Jadikan kahwin muda ini sebagai satu fenomena, budaya dan ikutan para remaja, mahasiswa universiti dan anak muda. Jika sekarang ini kita boleh bilang dengan jari tangan bilangan kawan kita yang sudah berumahtangga, jadikan ia pada suatu masa nanti nak bilang dengan jari kaki pun tak cukup. 

Wednesday 11 July 2012

Aku & Tudung Labuh..

.
Bismillahhirrahmanirrahim.....Assalamualaikum wbt...

Syukur Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Hmm..dengan penuh semangatnye..hehe..hari nie Nur nak kOngsi pengalaman Nur tentang..

"Tudung Labuh"

Sebelum tue...nak stOry sikit..Nur sebenarnya baru lagi bertudung labuh nie..
ermm...hari pertama menjejakkan kaki ke universiti =)

Nur bukan dari sekOlah agama...jadi nak pakai tudung labuh dulu..
Hmm..nak..tapi 2la..diri nie masih takde kekuatan 2...

Nur sukaaaaaa sangat tengok muslimah bertudung labuh nie taw...
kalau Nur jumpa je sape2 yg pakai tudung labuh kan..
mintak maaf banyak2 la..sebab Nur akan pandang budak tue sampailaa dia hilang dari pandangan...hihii..
itu baru bertudung labuh..belum lagi pandang yang berniqab...

Setiap kali Nur pandang mereka...hati nie tak putus-putus berdOa...
Ya Allah..kuatkan aku untuk berubah..untuk mengikut syariatMu...Permudahkan Ya Rabb...


haa..camnie r..tapi nie patung..hehe
ok..Nur mula dari Nur fOrm 6 dulu..erm..upper 6...
masuk je upper 6,Nur labuhkan sikit tudung sekolah...labuh sikit je..hehe..
pastu tudung biasa 2...dari Nur lilit2 tue kan...angkat sane..angkat sini...
Nur jatuhkan..biar menutupi dada...


dalam masa yang sama..
Nur biasa-biasakan diri dengan pakai stOkin kaki & sarung lengan...
Ingat lagi mase skOlah dulu Nur pernah dapat surat layang..hehee..

mungkin sebab pergaulan Nur yang semakin Nur jaga mase tue..maaf..bukan xnak kawan kOrang...
aku nie perempuan....kau lelaki..
(laahh..baru sedar ke?erkk=_=)




"Ijah,ko tak payah la nak pakai stokin sampai kat tangan tue..menyampah aku tengOk..nak jadi ustazah la konOn...perangai ntah pape jugak"

(err..bunyi dye lebih kurang macam tue la kot..)

Surat 2 dye letak dalam buku Nur rasenye..xpun dalam meja..ntahla..

Tabahkanlah hati wahai diri..
 Teguhkanlah pendirianmu walaupun hakikatnya jalan ini penuh dengan onak duri..
Bukannya Tuhan tak mengerti apa yang tersirat di sanubari..
 Jangan kau ragui kerna ironinya Dia yang memegang hati-hati ini..
Biarlah! Jangan hiraukan kata-kata manusia yang kadangkala menjengkelkan hati..
Bukan kata-kata manis atau puji-pujian manusia yang aku cari..
Andai disetiap langkah itu adanya redha Illahi, itulah yang sepatutnya aku kejari..



Thanks beb!
surat ko 2 sebenarnya sikit pon xgOyahkan keinginan aku nak berubah..
malah aku "superb" kan lagi dengan Jubah n t shirt muslimah...(^_^)v

Mase tue Nur tinggalkan terus seluar jeans & pakai la sluar slack yg longgar...
kadang2 pelik..macammana la Nur boleh terfikir nak pakai seluar jeans 2..dah la awak tue kurus..
makin kurusla bile pakai macam 2...hihiii..

dalam mase perubahan luaran Nur tue...
dalaman..hati nie xboleh dibiar sepi...
kat sane xde usrah..xde la naqibah yg nak bantu...Nur cuma banyak beli buku2 agama..beli banyak2...bawak pegi sekOlah pastu bagi kawan2 baca..hehe..lepas baca tue..kami kongsi2 la....ade yg xfaham..suruhla kawan2 tanye ustaz..
(sendiri xnak g tanye :p)



Alhamdulillah..mase Nur skolah dulu...
Surau di asrama Nur 2 bOleh dikatakan hampir setiap hari akan ade ceramah..tazkirah...
Haa..yang 2la banyak membantu Nur...Malamnya dihias dengan Qasidah...
tangah malam ade pulak Qiamulai...

Dulu...waktu perubahan Nur..Nur banyak bersendiri..suka duduk sOrang2..
bukan xnak bercampur dengan kawan2..tapi ntahla..cari waktu nak muhasabah diri...

balik je dari sekolah..Nur akan akan panjat koridor tingkap 4 tue..
atas bumbung rumah warden..hehe..
(okk Nur memang budak nakal :P)

tempat 2 cantiklaa....hijau je..
luas permandangan..angin pon kuat..
tenang sangat rase hati nie..

kat situ..Nur menangis..Nur study..dengar lagu Maher Zain..hihii..
Alhamdulillah kat situ jugak Nur berjaya hafal beberapa surah...
n sekadar berkOngsi..surah paling Nur suka..Ad Dukhan...
sebab ape? Nur pernah jumpa 1buku nie kat library...xtaw la buku ape..
tp dalam 2 ade tafsir surah ad dukhan..bila baca maksud dye...tersentap terus..uhu..

Lepas 2...Nur cuba perkuatkan ibadat dengan sOlat sunat...
Berpuasa..Ingat lagi buku amalan sOlat sunat Ateh yang Nur ambil senyap2 kat rumah..
sampai sekarang xpulang2..hehee...

Nur ade kawan2 yang suka bercerita tentang agama dengan Nur..
jadi Nur xlepas peluang...cikgu keluar je..Nur terus pusing belakang..mintak dia kOngsikan apa2 yang bermanfaat...hehe..

Ade orang hadiahkan saye Tafsir Al Quran =)
err..sampingan je 2...hihi..
nak cakap yang mase tue Nur mula baca & faham ayat2 suci Al Quran..
kalau dulu main baca je..memangla xmenusuk ke jiwa kan...cuba fahamkan ayat2 2...Allah...
xpayah beli nOvel..macam2 kisah ade dalam tue..
semua tue berterusan sampaila Nur habis skolah...lepas exam STPM tue..Nur duduk rumah je...

Mase cuti yang panjang tue..Nur perkuatkan lagi dengan main faceboOk..
err..xdela..hehe...bukan2...Nur banyak dengar ceramah2 agama dalam u tube...

baca ayat2 motivasi dalam Fb..jujur ya...Fb sangat2 membantu Nur dalam mencari kekuatan untuk perubahan nie..

Nur pun tukarla tudung nur yang kecik 2 pada tudung budang 50...yang ade cOrak2 tue....
pastu Nur tukar pulak dengan tudung bidang 60...masih lagi yang bercOrak2...tapi kadang2 je...
kadang pakai yang 50 tue balik...hihii..

Hati masih berdoa & berdOa...Ya Allah..permudahkan.permudahkan..permudahkan...

Masa Nur dipanggil temuduga di Uitm shah Alam...1 je Nur tertarik masa pegi sane...
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah....hati tersentuh sangat tengok masjid 2...
Ya Allah...Aku ingin selalu berada disini...permudahkan Ya Rabb..
(padahal nak g temudga dlm uitm..huhu)
sebab Nur kalau bOleh nak sambung kat UUM ke...xde la kat tengah2 bandar kan..
takut sangat xboleh jaga dri kalau duduk shah alam 2...

Perubahan berjalan seperti biasa..Alhamdulillah..masih istiqamah...& 1 hari...

"Anda telah ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Uitm Shah Alam"

Alhamdulillah..ok!ini masanya!

Allah..hari yang paling bermakna...
Hari pertama Nur mengenakan tudung labuh bidang 60 kosong 2...
& itulah tudungku hingga ke akhir hayatku ini..InsyaAllah...

Bayangkan mase 2..Nur cuma ada 3helai tudung labuh..2helai hitam  & warna krim..
tapi dengan kecekapan Ateh..hehe...secepat mungkin dye tempahkan 7 helai tudung labuh...
dapatla Nur pakai tudung2 tue dengan senang hati..hehe..

Lepas2 tue..tak beli dah...jahit sendiri je...

UITM SHAH ALAM....
kalau dengar kata2 Orang..aii..rase xnak langsung jejak kaki kat sane...
macam2 cerita Nur dengar...ingat lagi pesan cikgu Nur beberapa hari sebelum Nur masuk U...

Orang lain semua dia pesan suruh belajar rajin2...tp Nur...

"Hafizah,jaga diri baik2...jaga pergaulan..cari kawan yang baik2..kat sane sOsial sgt..saya xnak nanti bile jumpa awak lagi sekali awak da berubah..!"

 Yea cikgu..saya da berubah...saya da berubah cikgu...Alhamdulillah..Allah bantu saya cikgu :')

kat Fakulti memangla xramai yang pakai tudung labuh...ade dalam 2 3 orang je...
tp cuba pergi surau....pegi masjid...Majlis2 ilmu..ramai sebenarnya muslimah bertudung labuh nie...

Alhamdulillah...kawan2 Nur semua ok je..Walaupun macam pelik bila sesat Nur sOrang bertudung labuh dalam geng2 kami..tapi diorang terima Nur seadanya..sayanggg korangglahhh...<3



Kat sini baru la ade usrah..Naqibah...Alhamdulillah...mereka sangat2 baik...

sebenarnya macam nie...
"Kat mana sekalipun kita berada..asalkan kita hadirkan bersama Allah & Rasul dalam hati kita..InsyaaAllah..campaklah kat mana-mana pun...kita masih bOleh teguh berdiri sebagai seOrang muslimah yang kuat"

Jadi..pesan Nur...sape2.yang nak berubah..berhijrah..bertudung labuh...
teruskan..jangan ditangguh-tanguh...kita xtahu bila kita akan mati...
entah esok..mungkin japlagi..sape taw kan..

 Sesungguhnya Allah memandang usaha kita, bukan pada hasilnya...
Kerana Allah yg menentukan sama ada Dia mahu memberikan kepada kita atau tidak...
Jadi jom berusaha sama-sama kembali mengikut syariat Islam yang Indah...

Hidayah memang milik Allah tapi diri kita sendiri yang kena cari hidayah tu!
Dalam Al-quran ada tertulis..
Allah tidak akan ubah nasib seseorang,melainkan dia sendiri berusaha mengubahnya..

Jadi ayuh dapatkan hidayah Allah. ..

"Hidayah itu bukan ditunggu,tapi dicari"












Monday 2 July 2012

Jom Solat Dhuha..^_^

 
 
 
Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat. 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ



Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, 

"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).
 

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ


Daripada Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW: 

"Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah) 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah SAW bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, beliau bersabda: 

"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani


Lafaz Niat Solat Dhuha:


أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

 Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala 



Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ  وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ


"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"

Doa:

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ


"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya. 

Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh. 

Tempat jatuh lagi dikenang..inikan pula tempat aku mengenal Tuhan...

SeKoLah Ku SyUrGa kU....


Allah..Allah..Allah...
rindunyaa hamba ini pada tempat itu...
tempat yang banyak mengajar diri ini erti kehidupan sebenar...

Walaupun itu bukan sekOlah agama...
tapi...tempat itu mampu mentarbiah diri ini..
dari seOrang gadis yang punya silam yg kelam..
kepada insan yang lebih baik...InsyaAllah...









luar koridor tgkt 4..tempat Nur dgr lagu maher zain..ayt quran..Muhasabah diri..=)
Alhamdulillah....
syukur yg tak terhingga kerana ditakdirkan belajar disana...
bukan sahaja ilmu dunia..bahkan ilmu akhirat...

disana...
Diri ini diuji dengan cinta manusia...
hampir-hampir tersungkur...

Alhamdulillah...
masih punya sahabat2 yg banyak membantu...
memberi nasihat...menjaga..Allah...rindu mereka! :'(

Disana..
diri ini pernah disisih...

Alhamdulillah..
ada mereka yg masih setia disisi...

Disana...
ada insan yang layaknya seorang ustaz...
tp sebenarnya cikgu Fizik.. :p

Alhamdulillah...
sekolah yang biasa-biasa...
dia jadikan luar biasa dengan tazkirah..ceramah agama...Qiamulai...Qasidah..

Allah..sungguh...Diri ini begitu bahagia...
Bahagia dengan suasana itu...
Damai hati ini disaat diberi makanan rOhani hampir setiap hari...







surau Al Azim..rindunyeee!!
Suasana di asrama..
para muslimin yang kebanyakan berserban..
aduhai..sejuk hati ini melihatnya... =)

Namun,
Diri ini masih takut untuk berubah...
iman ini masih lemah...
pernah mencuba..pelbagai cemuhan diberi...

tapi...
bila difikir semula...
Kata-kata mereka yg memberi diri ini semangat untuk terus tabah & berubah...
mungkin,disekolah itu aku masih belum mampu...

Disana...
diri ini diberi 2 orang insan..sahabat..
yang sangat2 membantu....
hari2 kami diisi dengan cerita2 agama...
keindahan mengikut jalan Allah...
kini di Pondok Pasir tumbuh Kelantan...seMoga berjaya Dunia Akhirat =)

Mereka jg yang sering melindungi diri ini....
andai diri ini dihina...mereka bingkas bangun melindungi..

Allah..teringat kejadian disurau itu...
menitis air mata ini melihat mereka sedaya upaya melindungiku...
Walaupun...................................Allah :'(
Ampunkan aku....! :'(

Hati ini mula tersentuh untuk berubah bila seOrang sahabat menegur..

"Hafizah,maksud Alfatihah pun awak xtahu?..macam mana nak khusyuk dlm solat??"

Ya Allah....Jahilnya aku...! :(

dari saat itu...
diri ini merangkak-rangkak mendalami ilmu agama...
dengan harapan..mampu menjadi wanita sOlehah kelak..InsyaAllah...

dengan kekuatan yg dikumpul sewaktu berada disana...

Alhamdulillah..
diri ini mulakan langkah apabila menjejakkan kaki ke menara gading...

Sengaja...Dari panggilan Ijah...
diri ini memperkenalkan diri dengan Nur....=)

dengan harapan..Nur bukan lagi Ijah yg dulu...
yang jahil dlm agama...
yang serba kekurangan...

Ingin sekali...Insan bergelar Nur ini...
menjadi cahaya buat insan2 lain..
membantu insan2 lain yg dulunya seperti diriku....

ingin sekali..Insan bergelar Nur ini..
menjadi cahaya buat Abah & Mama..
Buat keluarga..
InsyaAllah buat suami tercinta....

kaunselor yg sgt2 memahami =)
aspuri =)
Hero2 kami..hehe.maaf xde gambar muslimat..comey2 sgt..6t ade yg trpikat ^_^






"Mudah²an engkau sedar bahawa engkau sekadar menghitung hari..
Setiap kali matahari terbenam bermakna satu hari
telah hilang daripada kiraanmu..
Itu juga bermakna sebahagian hidupmu juga telah hilang."

~Al-Imam Hasan Al-Basri~