Sunday 23 December 2012

Mati itu PASTI! T_T



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."
(Riwayat At-Tirmidzi)

Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud: 
"Setiap yang bernyawa pasti akan mati." (Al-Anbia': 34).

Oleh itu petanda bagi orang yang sentiasa mengingati mati ia sentiasa memperbanyakkan amal perbuatan yang baik sepanjang hidupnya.

Larangan Meminta-minta Mati
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
" Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah mensifatkan bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.

Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.

Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakkal kepada-Nya dalam segala keadaan.

كَيۡفَ تَكۡفُرُونَ بِٱللَّهِ وَڪُنتُمۡ أَمۡوَٲتً۬ا فَأَحۡيَـٰڪُمۡ‌ۖ ثُمَّ يُمِيتُكُمۡ ثُمَّ يُحۡيِيكُمۡ ثُمَّ إِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ
"Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)"
 (Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 28)



Ada beberapa cara yg Rasullullah s.a.w. ajarkan untuk selalu zikrul maut (ingat akan mati) ini:
  1. Perintah memperbanyak mengingati mati :
    "Perbanyaklah mengingat-ingat sesuatu yang melenyapkan dan menjadikannya segala macam kelazatan (kematian)."
    ( Riwayat At-Turmudzi )

  2. Mengingati kematian dapat melebur dosa dan zuhud :
    "Perbanyaklah mengingati kematian, sebab yang demikian itu akan menghapus dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia." ( Riwayat Ibnu Abiddunya )
  3. Kematian sebagai penasihat pada diri sendiri :
    "Cukuplah kematian itu sebagai penasihat." ( Riwayat Ath-Thabrani dan Baihaqy )
  4. Orang cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati :
    "Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya uantuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat." ( Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya )
Agar selalu ingat kepada kematian perlu dilakukan perkara-perkara berikut :
  1. Menyaksikan orang yang sedang sakaratul maut. Betapa dasyatnya dan menakutkan lebih-lebih kalau berdosa. Keadaan sakaratul maut ini digambarkan oleh Rasullullah dalam hadisnya yang bermaksud :
    "Sakitnya sakaratul maut itu kira-kira tiga ratus sakitnya pukulan pedang."
    ( Riwayat Abiddunya ).

    Sesungguhnya Nabi s.a.w. mempunyai segelas air ketika hendak meninggal dunia. Baginda memasukkan tangannya ke dalam air, kemudian menghusap wajahnya dengan air itu dan berkata :
    "Ya Allah, semoga Tuhan mempermudah kepada saya terhadap sakaratul maut ini."
    ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

  2. Mengunjungi orang sakit, sebab hujung dari penyakit ini tidak lain adalah kematian. Dari itu kita selalu waspada dan berhati-hati.
  3. Melakukan ziarah kubur, sebagaimana sabda Rasullullah :
    "Lakukanlah ziarah kubur kerana ia mengingatkan mati." ( Riwayat Muslim )
  4. Merasakan diri selalu diawasi Allah s.w.t. dimana saja kita berada. Oleh dengan demikian sentiasalah beramal yang baik. Rasullullah s.a.w. bersabda :
    "Seutama-utama iman seseorang itu ialah bahawa ia mengetahui dengan sungguh bahawa Allah s.w.t. itu ada bersama dengannya di manapun ia berada." ( Riwayat 'Ubadah bin Shamit )
  5. Sedarilah bahawa perasaan kita sering disaksikan oleh anggota badan kita sendiri, yakni oleh lidah, tangan, kaki, kulit, telinga, mata dan hati. Hal ini difahamkan Allah dalam Al-Qur'an yang bermaksud :
    "Pada hari (ketika) lidah tangan dan kaki mereka menyaksikan atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan."
    ( An-Nur: 24 )
  6. Begitu pula agar disedari bahawa perasaan kita selalu disaksikan. Dilihat dan diikuti oleh siang dan malam bumi tempat kita berpijak, langit serta malaikat Raqib dan Atib dan malaikat-malaikat lainnya. Allah s.w.t. berfirman :
    "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan hatinya. Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat nadi lehernya sendiri. Ketika dua malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain di sebelah kiri, tiada sesuatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir." ( Qaf: 16-18 ) 

    "Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran dimuka dan dibelakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah." ( Ar-Ra'd: 11). (Malaikat ini disebut malaikat Hafazhad)

Friday 21 December 2012

Sanah Helwah Wahai Diri..





Bismillahirahmanirrahim...
Alhamdulillah...22 Disember 2012 menjelma jua...
(tp xtaw la knp tarikh kat atas nie 21dec lg =_=')
Diiringi hujan yang penuh dengan rahmat dari Yang Maha Esa..
Ya Allah.. sempena tarikh kelahiranku, tataplah wajahku, kerana pandanganMu itu menyiram sejuta keampunan buatku..


Andai dulu..
Ulangtahun kelahiranku disambut meriah Oleh keluarga dan teman2...
tp tidak kali ini..untuk pertama kalinya..
ingin ku sambut hari teristimewa ini bersamaMu Ya Allah...
sujud syukur buatMu Wahai Pencipta sekalian makhluk...
Hati diruntun sayu dan hiba bila mengenangkan kasih sayangMu meskipun diri ini penuh dengan dOsa...
Allah..Allah..Allah...

Tarikh 22 disember sangat mengganggu emOsiku beberapa tahun kebelakangan ini..

Ampunkan Aku Ya Allah...
Ampunkan dOsa2ku wahai Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat...
Sungguh..aku hamba yang telah menzalimi diriku sendiri..:'(


Aku termenung sendiri....
Usiaku kini sudah bertambah dan umurku sebenarnya semakin berkurang....
Wahai Allah, bersempena dengan hari lahirku ini, 
aku bermohon padamu moga aku dikurniakan dengan hati, jiwa yang sentiasa dekat denganMu...

Ya Allah..
 Andai hatiku selama 21 tahun ini telah rosak, kotor dan penuh noda...
Aku mohon dikau gantikanlah hati ini dengan hati yang baru...
Hati yang selalu merinduiMu Ya Allah....


Moga dihari kelahiranku kali  ini akan terus menguatkan lagi cinta antara aku denganMu Ya Allah...
Moga aku akan terhindar dari sebarang perkara yang mungkar dan maksiat...
Ya Allah, lindungilah hambamu ini.,, :'(

Aku merayu padaMu ya Allah...
Ingin Aku mengemis keampunanMu dengan tangan yang berdosa, dengan hati yang tercela...

Ya Allah...
jadikanlah aku wanita yang solehah dan matikanlah aku dalam keadaan Khusnul Khotimah dan bawalah jasad, jiwa, dan seluruh tubuhku ini ke syurgamu Ya Allah...

 Wahai Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Aku hanya insan dari silam yang kelam...
Kau ampunkanlah segala dOsa2 silamku..
Kini aku kembali,kembali mengikut syariatMu..
Kini aku berubah demi mengharap redhaMu..
Ingin sekali aku menjadi hamba yang taat buatMu wahai Allah.. :'(

Wahai Rasul tercinta...
Selawat & salam keatas mu Ya Rasulullah...
Maafkanlah aku kerana tidak menjadi umatmu yang baik selama ini...
kini aku kembali Wahai Nabi...
Kembali mengikut ajaran & sunnahmu..
semOga Kau sudi memberikan syafaatmu buat diri ini kelak...
Sungguh aku rindu bertemu denganmu wahai Muhammad SAW... :'(

Wahai suamiku tersayang...
Maafkanlah segala kesalahan isterimu ini..
Sungguh aku ini hanya insan yg serba kekurangan..
Namun,telah sedaya upaya aku berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik buatmu...
Redha akan diri ku wahai suami tercinta...
kerana hanya dengan redhamu aku mampu bertemuNya diSyurga...
Pimpin & bimbinglah aku wahai suami tercinta...
bawa aku bersama menuju Syurga..

Wahai Abah Mama Mak & bapak...
Ampunkan dosa anak mu ini...
dOakan anakmu ini agar mampu menjadi seOrang anak yang sOlehah..
yang akan mendOakan kalian disana kelak..
Sungguh tanpa kalian,tiadalah aku dimuka bumi Allah ini..
Ingin sekali aku bersama kalian di SyurgaNya.. :'(


Wahai keluarga tercinta...
Maafkan adikmu ini..
sungguh bergunung dOsaku dengan kalian..
namun fahamilah...aku sangat2 menyayangi kalian...
seumur hidupku...
ingin sekali aku bawa kalian bersama2 kembali mengikut syariatNya..
percayalah..tiada lain yang aku harapkan..
melainkan bersama kalian diSyurgaNya...
Adikmu ini sentiasa mendOakan kebahagian kalian dunia dan akhirat..
mOga kita menjadi hamba serta anak2 yg sOleh & sOlehah buat mereka... :'(

Anak2 sedara ciksue yg cOmel :')
Maafkanlah ciksue...Ciksue sayang kalian...
dOa ciksue..
semOga Tasya..Erysya..Aleeya..sOfea & Luqman menjadi anak yang sOleh & sOlehah...
InsyaAllah..

Wahai sahabatku...
Maafkan segala salah & silap selama ini..
aku hanya insan biasa2 yang baru bertatih mengharap cinta dariNya...
dOakan aku wahai sahabat...
semOga kita bersahabat sampai Syurga :')
 رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
 "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". 
( Al A’raf : 23)


Saturday 15 December 2012

Salam Imtihan Suamiku sayang...

Sempena peperiksaan En.suami tercinta bermula Isnin depan
(17 Disember 2012) 
Nur ingin cOretkan sedikit kata-kata buat Adam..
walaupun tak seberapa penulisannya..
tapi,insyaAllah datangnya dari lubuk hati yang paling dalam 
dari seOrang isteri buat suaminya yang tersayang...

Buat insan yang teramat Nur cintai...
Utamakan Allah dlm segala hal yea putera hatiku...
Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah...
Sentiasa mengingati Allah...
Al Quran jadikan temanmu syg...
Perbanyakkanlah sOlat sunat taubat...
semOga dengan terhapusnya dOsa2,
Allah permudahkan segala urusan Adam dalam menduduki peperiksaan nanti...
InsyaAllah...

Jantung hatiku...
pemakanan juga perlu dijaga...
maggi??no..no..no...
ini bukan mase yang sesuai untuk diet okk...hihi...
jaga pemakan syg yea...
makan makanan yang berkhasiat...
Masih segar di ingatan Nur sewaktu kita beli burger dulu..bersungguh Adam tanya sama ada telur itu sudah dibasuh atau tidak..Nur nampak disitu yang Adam sangatt menitikberatkan kebersihan & kehalalan makanan ...

Alhamdulillah...menjadi cOntoh yang baik buat Nur..

jadi bakal dOktor ku..
makan sesuatu yang bagus yea...bagus untuk hati...
bagus juga untuk perut...hihi...^_^

Imamku syg...
Menuntut ilmu itu satu ibadah kan sayangku...
jadi..
lakukanlah ia dengan hati yang sentiasa mengharap redhaNya...

Beruntungnyaa sayang dapat belajar sampai luar negara...
dapat ambil bidang kedOktoran pula...
Allah..semua tue cita-cita Nur taw syg...
tapi apa kan daya..tak kesampaian...

jadi..bersyukur dan hargai peluang yang ada....
lakukan sehabis baik...
Alangkah bahagianya Nur 
andai cita-cita Adam ini termakbul...

Nur sentiasa dOakan Adam agar menjadi seOrang dOktor buat Ummah....
Allah..pahala lagi kan sayangg.. ^_^

Wahai pemimpin Nur & anak2 kita kelak...
ikutkan hati yang sangat2 merindukan kehadiran en.suami ini..
mahu saja Nur minta Adam pulang saat ini juga...
tapi disebabkan tanggungjawab Adam
dalam menuntut ilmu..
Nur relakan permergian Adam..
"Ku tinggalkan suamiku ini dalam jagaanMu Ya Allah...."

Jadi sayangku..
buktikan pd keluarga kita yang Adam mampu...!
Adam bOleh berjaya..!
Ingat janji2 kita pada keluarga...
Mereka sudah merestui hubungan yang kita impikan selama ini...
kini kebahagiaan berumahtangga itu sudah kita rasakan...

jadi kini tiba masanya kita membahagiakan mereka dengan kejayaan kita dalam pelajaran..
InsyaAllah...

Juga demi masa depan anak-anak kita kelak..
InsyaAllah anak-anak yang sOleh & sOlehah yang sentiasa mendOakan kita nanti... ^_^

Akhir kata..
SemOga Adam dah bersiap sedia untuk menyertai peperangan pen & kertas ini...
Adinda di sini cuma mampu mendOakn kejayaan kekanda disana..

Suamiku..Tanamkanlah usahamu..
akan ku siramkan doa buatmu dan insyaAllah akan kita tuai kejayaan itu bersama...  
Tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu..

Letakkanlah pergantungan Adam sepenuhnya kepada yang Maha Esa..
kerana Dialah sebaik-baik perancang juga Maha Mengetahui segala sesuatu..
Allah will never let u dOwn,by His will...
setiap kejayaan yang datang bukan kerana usaha Adam semata-mata..
tetapi kejayaan itu adalah anugerah dari Allah Yang Maha Kuasa..
Allah..Allah..Allah..



Salam sayang & cinta : Isterimu...

"Mudah²an engkau sedar bahawa engkau sekadar menghitung hari..
Setiap kali matahari terbenam bermakna satu hari
telah hilang daripada kiraanmu..
Itu juga bermakna sebahagian hidupmu juga telah hilang."

~Al-Imam Hasan Al-Basri~