Thursday 19 January 2012

Penantian ku....♥

Aku sedang menanti dia...
Seorang lelaki yang akan bergelar suami...
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH...
Seorang hambaNYA yang senantiasa Dzikrullah.

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani...
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar...
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri...
Dia senantiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah...

Dia selalu menghiburkan aku...
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran...
Dengan zikir-dzikir munajat...
Dengan surat-surat rindu yang dihafalnya...

Ketika aku terlena mimpi indah duniawi...
Dia menasihati ku supaya mengingati mati...
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia...
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa...

Dia memang senantiasa kelihatan penat...
Matanya penat kerana membaca...
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir...
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari...

Dia senantiasa mengingati mati...
Baginya,dunia ini adalah pentas lakon semata-mata...
Kita hambaNYA adalah pelakon...
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti...

Dia senantiasa menjaga matanya dari perkara-perkara maksiat...
Dia senantiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam...
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa...
Dia juga senantiasa berbhakti untuk keluarga.

Dia senantiasa tabah dan sabar dalam menghadapi fitnah...
Baginya fitnah itu adlh sebuah ujian...
Sejadah imannya yang terkoyak...
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri...
Dia senantiasa menjaga solatnya kerana itulah senjata diirinya...
Dia senantiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga...

Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA...
Kerana Islam adalah ajaran ALLAH yang sebenar-benarnya...
Dia senantiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W...
Dia juga senantiasa berusaha mencintai kekasih AgungNya...
Kekasih sejatinya dan kekal abadi...
iaitu ALLAHURABBI...

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga...
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali....
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta...
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki...

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta...
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia...
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA...
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia...

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku.
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku..
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia.
Kerana..Dia pilihan ku..

No comments:

Post a Comment

"Mudah²an engkau sedar bahawa engkau sekadar menghitung hari..
Setiap kali matahari terbenam bermakna satu hari
telah hilang daripada kiraanmu..
Itu juga bermakna sebahagian hidupmu juga telah hilang."

~Al-Imam Hasan Al-Basri~