Sunday 22 January 2012

Buat mu kekasihku..imamku..suamiku(^_^)♥


Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak...


Terima kasih krn telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih....


Padahal kau begitu tahu begitu tahu, aku hanya wanita biasa,
yang sangat jauh dari sempurna...



Kerananya ku ingin kau tau,aku bukan wanita yang sempurna,
aku begitu banyak kekurangan...

Maka ketahuilah...



Kepadamu yang akan memilihku kelak...

Aku tak sebijak b0nda Khadijah,0leh itu aku ingin kau tahu,

aku pasti berbuat salah, membuatmu marah...

Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku,
jangan marah padaku,
nasihati aku dengan hikmah,
kerana bagiku kaulah pemimpinku,
tak akan berani ku derhaka kepadamu...



Duhai kau yang yang telah memilihku kelak....

Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu,
ada kalanya aku akan terlihat begitu kusam dan hodoh...



Mungkin kerana aku begitu sibuk dgn kerjaku di dapur,

untuk menyiapkan makan untukmu dan mujahid mujahidah kita nanti..

InsyaAllah..
Maka, aku akan kelihatan kotor dan bau asap...



Atau kerana seharian ku harus mengemaskan istana kecil kita,
agar kau dan buah hati kita kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat...


Maka mungkin aku tidak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang dr bekerja.



Ataukah kau akan menemukanku terhangguk-hangguk saat mendengar keluham dan ceritamu,

bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu,

tapi semalam saat kau tertidur dengan nyenyak,

aku tak sedetikpun tertidur kerana harus menjaga jantung hati kecil kita yang sedang merenget,
dan ku tahu kau letih mengais rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu..



Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku,

maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatan ku...

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak...

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah,

menangis dan tak terkawal, bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa,

aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku,

dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,
maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya belaianmu...



Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadam segala resahku...

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak...



Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah..

Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-NYA..
Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..


Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah..



Bimbing tanganku ke Jannah-NYA agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya...

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku...



Seiring berjalanya waktu,
kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah,
akan menipis dan memutih...
Kulitku yang bersih akan mulai berkedut...
Tanganku yang halus akan menjadi kasar...



Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik,
yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu...

Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu...
Maka jangan pernah berpaling dariku...



Kerana satu yang tak pernah berubah,

bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah,
iaitu rasa cintaku padamu...



Ketahuilah...
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya,
telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu.

Maka cintailah aku kerana-NYA, dengan apa adanya aku...

Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna...
Maafkan aku kerana aku bukan isteri Nabi...



Aku hanya wanita biasa..........♥

No comments:

Post a Comment

"Mudah²an engkau sedar bahawa engkau sekadar menghitung hari..
Setiap kali matahari terbenam bermakna satu hari
telah hilang daripada kiraanmu..
Itu juga bermakna sebahagian hidupmu juga telah hilang."

~Al-Imam Hasan Al-Basri~