Thursday 19 January 2012

sudikah kau sayang??...(^_^)

Satu ketika kau bertanya..
~Sudikah kau menjadi Makmum disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna dan terjaga hendaknya..
~sudikah kau menjadi Penjaga diri..
& maruahku agar hidupku lebih tenang & bahagia..
~sudikah kau menjadi Pendidik hati & jiwaku agar rohaniku terisi hikmahNya..
& akhlakku terjaga hendaknya..
~sudikah kau menjadi Pemerhati setiap gerak dan langkahku..
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku..
~sudikah kau menjadi Peneman di kala suka dan duka ku agar satu hari..
jika ujian itu datang air mataku ada yg menghapuskan..
~sudikah kau menjadi Pembela diriku & agamaku agar aku terus berada di atas jalan yang benar..
sudikah kau menjadi Penggerak semangatku..
agar bila aku kelesuan kau mampu membei bantuan walau hanya sekadar senyuman..
~Sudikah kau menjadi Sahabat buat diriku..
mendengar luahan hatiku agar aku boleh berbicara apa saja dgn mu tanpa rasa ragu..
~Sudikah kau menjadi Penghibur ketika ku kesunyian agar aku boleh ketawa riang..

Satu ketika aku menjawab...

"Ya, Aku sudi..Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"

Tetapi,aku kembalikan soalan ini kepadamu..sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?

jika aku sudah tidak seperti dulu??
Sudikah kau pula menjadi Imam,Penjaga,Pendidik Pemerhati,Peneman, Pembela,Penggerak, Sahabat dan Penghiburku Jika suatu ketika nanti aku sudah tidak mampu lagi menjadi Makmum di setiap solatmu???..
Jika aku sudah tidak mampu lagi menjagamu,menemanimu,memerhatikanmu,mendidikmu,membelamu,
menggerakkanmu menjadi sahabatmu dan menghiburkanmu Sudikah kamu wahai .....................?

Aku percaya..kau masih sudi..
"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI
dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"
Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah...(^_^)

No comments:

Post a Comment

"Mudah²an engkau sedar bahawa engkau sekadar menghitung hari..
Setiap kali matahari terbenam bermakna satu hari
telah hilang daripada kiraanmu..
Itu juga bermakna sebahagian hidupmu juga telah hilang."

~Al-Imam Hasan Al-Basri~