Thursday 19 January 2012

Lemahnya Insan Bernama Nur Hafizah ini Ya Allah... :'(

Lemahnya diri ini baru sikit Allah menguji sudah rebah tak mampu berdiri..

Lemahnya diri ini baru saja bayu dunia menyapa pipi Sudah melayang tak sedarkan diri..

Lemahnya diri ini baru sekelumit keindahan wajah diberi Sudah mula lupa diri..

Lemahnya diri ini baru sikit kejayaan diberi Sudah lupa siapa yang beri...

Lemahnya diri ini baru sikit buat kebaikan Riak dan ujub bersorak riang..

Lemahnya diri ini bila suatu kebajikan dimulakan Tak berdaya nak teruskan..
Tiada istiqamah dalam amalan..

Lemahnya diri ini baru diuji dengan seorang lelaki..
Iman sudah bisu menyepi Nafsu pula mengawal diri..

Lemahnya diri ini Jalan dakwah kata nak tempuhi..
Baru saja melangkah kaki Beberapa tapak sudah berhenti..

Lemahnya diri ini Nikmat anugerah Ilahi Biar sudah tak terhitung lagi..
Tapi masih lupa mensyukuri...

Lemahnya diri ini Asyik lagha dengan urusan duniawi..
Tak pernah khuatir amalan diterima Atau dipaling..

Lemahnya diri ini Bagaimana nak sahut seruan jihad ?
Baru sikit dilukai Sudah menangis meratapi..

Lemahnya diri ini Lupa matlamat lupa syari’at ..
Terkejar-kejar yang tak pasti Leka dibuai syaitan terlaknat..

Lemahnya diri ini Solat yang lima waktu pun sukar dijaga Amalan sunat apatah lagi...

Lemahnya diri ini Ada aqal untuk berfikir..
Tapi masih lagi menurut Pada nafsu dan jalan karut..

Lemahnya diri ini Asyik ketawa tak kering gusi ..
Lupa menangis mengingat MATI…


Ya Allah…Lemahnya diri ini..
Ku pohon kekuatan daripada-Mu Tuntunilah langkahku...
Biar hanya mampu merangkak itu pasti lebih baik Daripada terus rebah dalam kaku..

Berikanku peluang Merentasi jalan yang Engkau redhai ...
Ampunilah kekhilafan semalam Atas kejahilanku mengenal makna kasih sayang-Mu…

Amin Ya Allah..........................

No comments:

Post a Comment

"Mudah²an engkau sedar bahawa engkau sekadar menghitung hari..
Setiap kali matahari terbenam bermakna satu hari
telah hilang daripada kiraanmu..
Itu juga bermakna sebahagian hidupmu juga telah hilang."

~Al-Imam Hasan Al-Basri~