Monday 25 June 2012

::Hati Ini diuji lagi::

 
 
Ya Allah..
sesungguhnya Dikau Maha Mendengar..
Engkau dengarilah rintihan hati hambaMu ini..
sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui..
Engkau mengetahui segala apa yang berada dihadapan serta dibelakangku..
hanya padaMu tempat aku sandarkan segala kesedihan dan kesengsaraan..
 
daku tidak terdaya untuk mengalas segala rasa sayu ini Ya Rabbi... 
 
Berikan padaku pentunjukMu..
tunjukkan aku jalan yang harus aku lalui..
demi mengubati hati yang penuh kelaraan ini..
hamba tidak kuat Ya Allah..

Ya Latiff..
Engkau lembutkanlah hatiku..
lembutkanlah ia dengan rasa kasih padaMu..
biar diriku hilang kasih di dunia..
agar aku tidak halang kasih cintaMu di syurga..
 
aku tidak sanggup menerimanya sekiranya ianya terjadi pada diriku..
mana lagi hendakku layarkan rasa duka ini?
mana lagi hendakku adukan rasa ini?
hidup ini tiada maknanya tanpa ehsan dariMu..

Ya Rahman..
Engkau yang mengatur segalanya..
kiranya hadirnya ia membawa kerosakkan padaku..
aku pinta padaMu Yang Maha Pengasih..
agar dijauhkan hatiku dari hatinya..
tunjukkan kepadaku cara dan jalan mana harus ku ambil..


Ya Muhaimin..
jangan diuji lagi hatiku ini..
kerana ia tidak terdaya lagi..
jangan berikan hati ini terluka lagi..
cukuplah sebelum ini ia pernah terluka parah..
tetapi sebaliknya Engkau ubatilah hatiku ini..
dengan penawar rasa kasih cintaMu..

Aku pohon padaMu ..
Yang Maha pencipta..
 

1 comment:

"Mudah²an engkau sedar bahawa engkau sekadar menghitung hari..
Setiap kali matahari terbenam bermakna satu hari
telah hilang daripada kiraanmu..
Itu juga bermakna sebahagian hidupmu juga telah hilang."

~Al-Imam Hasan Al-Basri~