Saturday 9 June 2012

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم



Ya Allah..
Yang membolak-balikkan hati kami.. 
Selama ini aku tidak pernah tahu bagaimana rasanya bercinta, 
namun ku berharap, 
bila cinta hadir menyapaku, 
aku tidak akan kehilangan Engkau..

Ya Allah..
Selama ini aku hanya berharap, 
semoga dapat mencintai orang yang memiliki cinta luar biasa pada-Mu.
.
Ya Allah..
Selama ini aku juga berharap, 
semoga akan dicintai oleh orang yang dapat mengarahkanku menuju keredhaan-Mu..

Pintaku Ya Allah..
Izinkan aku memiliki rasa ini hingga ia menjadi indah di dada
kami, tanpa menghilangkan rasa cinta kami pada-Mu..


“JANGAN BIARKAN CINTA MEMBAWA HATI, 
AKAN TETAPI BIARLAH HATI MEMBAWA CINTA..”

Jika cinta itu ikhlas atas dasar perasaan, biarlah ia bersemai subur sepanjang zaman. :)



“Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya…”

 Nur memang tak sesempurna Aisyah dalam kecerdasannya ataupun Fatimah dengan kelembutannya. Tapi Nur akan berusaha cerdas layaknya Aisyah dalam naunganmu dan Nur akan berusaha selembut Fatimah dalam menenangkanmu. 


 Kamu memang tak sehebat Ali ataupun sekuat Umar, 
tetapi kau akan menjadi hebat seperti Ali ketika kamu menjaga Nur dalam kelemahan Nur..
dan kamu akan sekuat Umar agar Nur tidak selalu menjadi tulang yang bengkok.
Nur memerlukan imam yang boleh menjaga keimanan, 
bukan sekadar teman berkongsi perasaan..

Maka datangilah waliku akhi.. Ku tunggu pinanganmu..=)

No comments:

Post a Comment

"Mudah²an engkau sedar bahawa engkau sekadar menghitung hari..
Setiap kali matahari terbenam bermakna satu hari
telah hilang daripada kiraanmu..
Itu juga bermakna sebahagian hidupmu juga telah hilang."

~Al-Imam Hasan Al-Basri~