Wednesday 20 June 2012

Bahagiaku ♥


Ya Allah..
Aku tidak ingin mencintai dia kerana ketampanan wajahnya..
Jika ketampanan wajah yang aku cari...
Tidak mustahil jika suatu waktu aku akan berpaling kepada yang lebih tampan...

Aku tidak ingin mencintai dia kerana kekayaan yang ada padanya..

Jika kekayaan diri yang aku cari...
Tidak mustahil jika suatu waktu aku akan berpaling kepada yang lebih kaya...

Aku tidak ingin mencintai dia kerana kedudukannya yang tinggi..

Jika kedudukan yang aku cari...
Tidak mustahil jika suatu waktu aku akan berpaling kepada yang lebih berkedudukan tinggi...

Aku ingin...
Mencintai..Menyayangi...dia..kerana...

Ketakwaannya dalam beragama...
Kesopanannya dalam bertutur kata.
Keramahannya dalam berbicara..
Kemulian akhlaknya dalam pergaulan..


Aku ingin menjadi permaisuri hatinya...

Akan aku senantiasa setia menantinya..
Akan aku senantiasa taat dan patuh kepada dia yang kelak menjadi suamiku...
& Aku akan merasa dimuliakan oleh dia yang bakal bergelar suamiku...

Dan itulah sebenarnya keinginan ku..
Didampingi seorang lelaki yang akan mampu menasihati diri yang lemah ini...
Didampingi seorang lelaki yang akan mampu membimbing diri yang serba kekurangan ini..
Didampingi seorang lelaki yang akan mampu membawa diri ini kepada RedhaNya...

Sungguh tidak dapat dilukiskan betapa bahagianya diri ini...
jika kamu benar-benar memperlakukan diri ini seperti itu...

1 comment:

"Mudah²an engkau sedar bahawa engkau sekadar menghitung hari..
Setiap kali matahari terbenam bermakna satu hari
telah hilang daripada kiraanmu..
Itu juga bermakna sebahagian hidupmu juga telah hilang."

~Al-Imam Hasan Al-Basri~