Sunday 27 May 2012

Hati ini... ♥

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Hati ini...
kadang-kadang dia sakit..
kadang-kadang dia happy..
kadang-kadang dia menangis..
kadang-kadang dia marah... geram...
kadang-kadang dia terluka..

walaupun dia tak berdarah...
tapi peritnya hanya Allah je yg tahu
..

sebab Nur cuma ada SEKEPING je hati...
semuanya Nur longgokkan pada dia...
 
Nur simpan semua rahsia Nur kat dia..
kesian dia
..

bila dia happy, bibir terus nak join sama ...
asyik tersenyum sepanjang masa
...

tapi bila dia sedih dan menangis
..
air mata langsung xnak back up dia
..

sebab otak kata.

"Relax hati!! air mata, jangan keluar....
 
duhai hati.. sabar.. sabar... kau mesti tabah"

kesian hati Nur ni
....

Nur selalu nak jaga hati orang lain ...
sampai Nur terlupa hati sendiri
...
duhai hati, maafkan Nur
....
Jangan pergi dari Nur..
Nur tak inginkan hati yang lain...
Sentiasa Nur mencari dimana hati...

Ku cari hati sewaktu bangun membaca Al-Quran
Ku cari hati ketika mengerjakan solat
Ku cari hati ketika duduk tafakur mengingati mati
Namun jika tidak Nur temui juga
Nur akan terus-menerus berdoa kepada Pemilik hati...


Bersabarlah duhai hati....
Yakinlah...
yakinlah dengan Dia yang mencipta kita...
tetaplah bersama Nur dalam mencari keredhaanNya...
Andai terluka mampu memberi manfaat buat kita berdua...
Teruslah berkOrban bersamaku..
Namun,1 janji buatmu duhai hati...
Takkan Nur biarkan Hati dikOtori noda-noda hitam..


"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)

 
Nur dah cuba jaga hati baik-baik..
tapi kadang-kadang Nur gagal...

tak pe hati, betul kata otak...

Hati kena tabah! Nur tahu hati KUAT
..
ketabahan hati tu la yang buat Nur LEBIH KUAT jugak!

Nur SAYANG AWAK HATI....




Ya Allah...
Jauhkan hatiku dari qalbun mayyit.. Hati yang mati..
Jauhkan hatiku dari qalbun maridh..Hati yang sakit..
Dan kurniakan kepadaku qalbun sahih..Hati yang suci..


"Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada-Mu."
(Riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment

"Mudah²an engkau sedar bahawa engkau sekadar menghitung hari..
Setiap kali matahari terbenam bermakna satu hari
telah hilang daripada kiraanmu..
Itu juga bermakna sebahagian hidupmu juga telah hilang."

~Al-Imam Hasan Al-Basri~