Saturday 30 June 2012

Kenapa Lelaki Suka Melihat Tubuh Perempuan??!



Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,

maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,

maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,

maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,

jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.
...............................

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..

Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

Friday 29 June 2012

Kami@Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah..

Semester ke2..Bagi assigment  kOsmOlOgi Melayu..kami pilih Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai tempat kajian...mengkaji struktur binaan n seni ukiran islam yang ada pada masjid tersebut...

Kenapa masjid 2 kami pilih???

jawapan dye senang je...sebab dekat...depan UITM je kot..lalala :P

Tapi Alhamdulillah...
tak sangka banyak yang kami dapat sepanjang kajian 2...
Indahnya rumah Allah..(lagi indah kalau ramai jemaahnye)

Masjid ni mempunyai kubah yang terbesar di dunia...
Empat menara tinggi dibina di keliling kubah.
masuk bilik persalinan imam...skali terkunci dr dalam...hihiii..terkantoi dsitu>_<
kubah masjid
bergambar bersama pelancOng..^_^
bergambar dipintu masuk masjid

Monday 25 June 2012

::Hati Ini diuji lagi::

 
 
Ya Allah..
sesungguhnya Dikau Maha Mendengar..
Engkau dengarilah rintihan hati hambaMu ini..
sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui..
Engkau mengetahui segala apa yang berada dihadapan serta dibelakangku..
hanya padaMu tempat aku sandarkan segala kesedihan dan kesengsaraan..
 
daku tidak terdaya untuk mengalas segala rasa sayu ini Ya Rabbi... 
 
Berikan padaku pentunjukMu..
tunjukkan aku jalan yang harus aku lalui..
demi mengubati hati yang penuh kelaraan ini..
hamba tidak kuat Ya Allah..

Ya Latiff..
Engkau lembutkanlah hatiku..
lembutkanlah ia dengan rasa kasih padaMu..
biar diriku hilang kasih di dunia..
agar aku tidak halang kasih cintaMu di syurga..
 
aku tidak sanggup menerimanya sekiranya ianya terjadi pada diriku..
mana lagi hendakku layarkan rasa duka ini?
mana lagi hendakku adukan rasa ini?
hidup ini tiada maknanya tanpa ehsan dariMu..

Ya Rahman..
Engkau yang mengatur segalanya..
kiranya hadirnya ia membawa kerosakkan padaku..
aku pinta padaMu Yang Maha Pengasih..
agar dijauhkan hatiku dari hatinya..
tunjukkan kepadaku cara dan jalan mana harus ku ambil..


Ya Muhaimin..
jangan diuji lagi hatiku ini..
kerana ia tidak terdaya lagi..
jangan berikan hati ini terluka lagi..
cukuplah sebelum ini ia pernah terluka parah..
tetapi sebaliknya Engkau ubatilah hatiku ini..
dengan penawar rasa kasih cintaMu..

Aku pohon padaMu ..
Yang Maha pencipta..
 

Sunday 24 June 2012

Aku , study..& exam!

Haish...musim2 nak exam nie...
kemalasan melanda bagai Tsunami =_='

lagi beberapa hari...
peperangan & perjuangan untuk semester kali nie akan bermula...

Tapi...
Mod nak study tak taw lar da menyorOk kat mane...
puas ku cari...dalam laci xde...
bawah katil pon takde... :p

Nak tak nak...kena jugak Study...

Kalau bOleh nak cepat2 abis study sinie..
Nak keje..Nak ade baby :p hihihi
Nak tolong Suami..Abah Mama Mak bapak....

Perangai dari kecik yang tak bOleh nak ubah...
Tak suka study kat meja study..uhuhu..

ape2 pon lantai tetap menjadi pilihan..ngee~


lagi 1...mesti ade makanan...
bukan la makan sampai kenyang...
sekurang2nye takdela mengantuk asyik mengadap buku jer..hihiii...


ermm..sepatutnya...yuran kolej nie bayar separuh jer sebab tak penah guna meja study yang disediakan...tak payah letak pon takpe...

Mungkin sebab meja nie kecik...tangan nie panjang(bukan suka mencuri ok!) jadi pergerakan agak terbatas kalau menulis kat meja nie..heheheh..

kalau menulis atas lantai 2 best sikit..bleh buat gaya bebas..err..apekah??=_='

Ok2...kat sini Nur nak kOngsi sikit dOa yang Nur selalu amalkan...
xdela selalu..sejak fOrm 6 dulu kot...=)

Doa mudahkan hafalan
 آللهُمَّ ارْزُقْنَا يَا رَبِّ فَهْمَ النَّبِيْيِنَ وَحِفْظَ آلْمُرْسَلِيْنَ
وَإِلْهَامَ آلْمَلائِكَةَ آلْمُقًرَّبِيْنَ فِى عَافِيَةِ يَااَرْحَنَ آلرٌّاحِمِينِ
Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul
dan ilham dari para Malaikat yang menghampiri denganMu
kurniakanlah kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

InsyaAllah...dipermudahkan......

study-study jugak..tapi jangan study punye pasal kite lupa pada tanggungjawab kita sebagai hamba...

Solat 5 waktu jangan lupe..
lagi bagus tambah dengan sOlat2 sunat...
puasa pon lagi bagus...
Bace Quran...

Nak-nak sekarang nie musim orang kena histeria...
kalau kita jauh dari Allah...
tak mustahil "Makhluk" tue akan ganggu kita...

ayokkk..xtaw...>_<

Kadang-kadang mungkin sebab nak exam nie..kita akan rasa risau...takut..susah hati..
sebab takot tak boleh jawab exam nanti kan...pastu mula la stres op?...
berat nanang r gtue gop...

Kena ingat...
"Hanya dengan mengingati Allah..Hati akan tenang"

 ” Sehebat-hebat teknik ingatan ialah dengan membaca dan menghafaz Al-Quran”

Jadi..banyak-banyakla beribat padaNya...
Cam yang Nur tulis kat atas tadi...
tak mampu buat banyak..
kita buat sikit...
tapi berterusan...

Taw tak...baca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan kita dengan lebih baik...

 
kalau rase malas sangat nak bace Quran..
bace dua tiga ayat pon jaaadi la..
dari tak baca langsung kan..


Haa..pemakanan pon kena jaga taw....buatnya sakit masa nak exam nanti...susah jugak tue...
tapi kalau dah takdir nak buat camne kan..Ujian dari Allah buat hamba-hambaNya..^_^v

Nur boleh dikatakan tiap kali exam mesti ade 1 hari tue Nur sakit perut...
tak tahu la sebab salah makan atau nervOus punye pasal..eheheh...

Time kasih My frengg cOz bagi kismis nie..hehe..


Banyak makanan yang boleh kuatkan ingatan kita..
kOrang pon da tahu kan..
malas la nak cite panjang..lalalaa :p
tak..tak...Nur sebutkan sikit yea....

contonhnye madu...lobak..kekacang..kismis..
.
Burger dOuble cheese(ok ini tipu):D


Nie satu lagi...biasa jugak jumpe kawan2...asal time exam jer diorang nie wat muke sepOsen...
Murung...ishh...tak boleh la macam tue...

Murung nie bahaya taw..boleh wat hidup kite nim tak ceria....
sentiasa ade dalam keadaan kecewa n rase cam tak segar je...
Lama kelamaan daya ingatan pon boleh terjejas...

Jadi ubati kemurungan tue dengan pelbagai cara...cam yang kat atas tadi tue ke...
mendekatkan diri dengan Allah...dan...

bOleh jugak wat sesuatu yang menggembirakan korang...

Nur??

kalau Nur...hehee..nie...!!
Buih belOn!! :D


Jet Kertas!!cOmey kannn..^_^









 

Walaupun nampak macam xmatang..hehee...
tak kisah la kannn..janji Bahagia.. :D

err...tips study??
alahai..Nur bukan la best student kan nak kongsi2 benda cam tue..
result pon ntah pape..isk.isk..yang penting usaha ^_^
Rezeki 2 Allah yg beri....

tapi ari tue..ada la Naqibah Nur pesan...
"jangan study sampai tengah malam..tapi,tido sekejap...then bangun...
tahajud pastu baru study semula..InsyaAllah itu lebih baik dan dapat pahala lagi" =)

lagi satu...

"Study subjek yang paling lambat dulu pastu baru study yang paling hampir dengan exam..sebab takot2 nanti kite tetibe ade masalah n tak boleh nak study..sekurang-kurangnya kite da bace cket"

n last skali..tido...hehehehe..(nie yang best ni)

tido yang cukup..!

1/3 hidup kite dihabiskan dengan tido...
tp ade jugak orang yang suke tido lewat(macam Nur) n mengabaikan tido yang cukup....
salah tueee.....Badan pon perlukan rehat...Kalau kite letih sangat tapi kite tak rehat...haa...2 yang bahaya taw...Otak kite nim boleh terjejas n kite pon xboley nak belajar n ingat ape2..tak ke lagi susah tue??

Jadi..
Amalkan tido yang cukup agar diri & otak kita dapat berfungsi dengan baikk...
Zzzzz~


Peperiksaan tidak perlu ditakuti. Jika segala pesediaan untuk peperiksaan
telah dibuat. Tiada apa yang perlu dikhuatirkan.
Berserah kepada Allah, Yakin dan bertawakkal.
Usaha hak kita, tetapi kejayaan Allah yang kurniakan..

Friday 22 June 2012

♥Ya Allah..Muliakan aku dengan kemuliaan Al Quran♥


Ya Allah..
Jadikanlah diri ini penghafaz Quran yang sejati dan hakiki..
Sebagai penyejuk mata..
penawar hati setiap insan di muka bumi..
Agar kehadiranku didunia ini bermakna..

Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri..
Sesungguhnya kehidupan didunia ini sungguh indah tidak terperi..
Dengan alunan ayat2 suci yang sentiasa bermain dibibir,telinga dan hati...

Lantas itu..
Ku pinta padaMu Ya Ilahi..
Agar di saat-saat akhir hayatku..
Alunan kalamMu yang mengakhiri pemergianku..

Ya Allah..
Aku tahu bahawa Al-Quran itu adalah milikMu..
Aku jua tahu ianya diturunkan sebagai pedoman hidup kami hambaMu..
Dan aku jua tahu Engkau berhak untuk mengambilnya pada bila2 masa yang Engkau kehendaki..




Hanya satu yang ku pinta..
Engkau bantulah kami dalam menjaga kalam suciMu..
Jua bantulah kami untuk mengamalkannya..
Agar kami menjadi Penghafaz kalamMu yang sejati..






Sering diri ini tertanya-tanya..
Sudahkah Al-Quran menakluki jiwaku?
Menjadi kekasihku, buah hatiku yang tiada bertepi?

Ataukah manusia yang masih bertakhta di sanubari?
Ataukah kasih manusia yang masih aku damba?

Pernahkah aku rasakan Al-Quran itu teman sejati?
Adakah impianku sekadar satu ilusi dalam fantasi…

YA ALLAH, jaga hati ini, aku seringkali tertawa melupakan akhiratMU, 
Kurangkan ketawa ku, kurangkan bicara ku yg tidak menyebut namaMU...

Rasulullah SAW seringkali berdoa:
"Ya ALLAH, Berikanlah aku rezeki dua mata yg menangis kerana takut kepada ENGKAU sebelum air mata ini habis."



 
"IMAM SYAFIE PERNAH BERKATA: 

Barangsiapa yang mempelajari Al-Quran,akan bernilai dirinya,

barangsiapa yang merenung dan mempelajari fekah maka akan mulia kedudukannya,

barangsiapa yang mempelajari bahasa akan lembut jiwanya,

barangsiapa yang mempelajari matematik akan kuat fikiranya,

barangsiapa menulis hadis akan kuat hujahnya, dan

barangsiapa tidak memelihara didrinya daripada maksiat maka ilmunya tidak memberi menfaat kepada dirinya.
"


 Walau payah..meski susah..
Aku yakin pengakhirannya Indah...
 "inginkan mutiara selamilah lautan,

inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,

inginkan kejayaan relailah pengorbanan.."






يا حَامِلَ القُرْآنْ، قَدْ خَصَّكَ الرَّحْمَنْ، بِالْفَضْلِ والتِّيْجَانْ، والرُّوْحِ والرَّيْحَانْ
Wahai Penghafaz Quran, Allah telah menganugerahi engkau dengan kelebihan dan penghormatan, kebahagiaan dan syurga,

يا دَائِمَ التَّرْتِيلْ، لِلذِّكْرِ وَالتَّنْزِيلْ، بُشْرَاكَ يَوْمَ رَحِيلْ، سَتَفُوْزُ بِالغُفْراَنْ
Wahai orang yang selalu mengalunkan Quran, wahyu yang diturunkan, bergembiralah pada hari engkau mati, bahawa engkau akan mendapat pengampunan,

يا قَارِئَ الآياتْ، فِي الْجَمْعِ وَالْخَلَوَاتْ، تَزْهُوْ بِكَ السَّماَوَاتْ، وتَنْتَشِي اْلأَكْوَانْ
Wahai Pembaca Quran, samada depan umum atau bersendirian, penduduk langit menyebut-nyebut namamu dan seluruh alam semesta bersamamu

Thursday 21 June 2012

Aku cemburu dengan mereka!


Diantara hujan peluru dan dentuman bom,
masih ada harap dan doa yang dipanjatkan...
Diantara derai airmata dan titisan darah,
masih ada kekuatan dan keberanian yang terpahat...
diantara mayat yang bergelimpangan,
masih ramai bayi yang dilahirkan..

Waktu demi waktu dentuman bom itu tak menciutkan semangatmu,
dan setiap tanah Palestin yang dirampas takkan membuat kalian mundur..

Esok mentari masih kan bersinar,
Membawa khabar kemenangan yang kian hampir...
Sedekat bau syurga yang kian menyebar...


Palestina walau embun pagi tak lagi nampak bercahaya..
Pelangi jauh di lubuk hati kian terbina..
Pakaian terlihat lusuh dan lama..
Namun senyuman kesyahidan semerbak diangkasa ..




 Wahai jiwa Mujahid Palestin yang syahdu..
Meratap itu tidak perlu...
Wahai jiwa yang rindu...
Taman berbunga syurga sedang menunggumu..

Palestina...
Orang meyangka mereka menangis sengsara...
Tidak !
Palestina..
Menangis bahagia..
Bahagia kerana berjuang kerana Allah...

Allahu Akbar !!!

“Ya Allah!!
Kami mengadu kpdMu…kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu…
kami mengadu kepadaMU lemahnya kami dan kurangnya helah kami...
Demikianlah kami di hadapan manusia...
Engkaulah Tuhan kpd siapa Engkau tinggalkan kami...
Adakah kepada org yg jauh yg akan menyerbu kami..
 Atau kepada musuh yg berkuasa ke atas kami?

Ya Allah,
kami mengadu kepadaMu darah2 yg tertumpah,
maruah yg ternoda, kehormatan yg diperkosa,
kanak2 yg diyatimkan, wanita2 yg dijandakan, ibu2 yg kehilangan anak,
rumah2 yg diruntuhkan, tanaman2 yg dirosakkan...

Ya Allah,
kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuanumat) kami ,
berpecahnya perpaduan kami,
berbagai2nya haluan kami, terbelakangnya kami,
Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami dan betapa berjayanya musuh2 kami…..“

 “YA Allah!,,perkuatkanlah saudara2 kami yg sedang dipatah- patahkan tulang-temulang mereka, kasihanilah saudara2 kami yg lemah ditindas dan bantulah hamba2mu yg beriman” 


Ya Allah..
Setitik cahaya.harapan yang amat kami rindu..
Rindu akan kedamaian..Haus akan kasih sayang...

Ya Allah..
Lindungilah saudara2 kami dari mereka yang biadab dan nista terhadap-Mu..
Berikanlah saudara2 kami kekuatan untuk tetap tegar dan tawakal menghadapi ancaman..

Ya Allah..
Dentuman meriam yang kami dengar..
Percikan asap dan api yang menerba..
Membuat kami menangis..
Dalam sunyi kami berdoa..
Terimalah saudara2 kami yang satu persatu gugur..
Melawan kebatilan..

 Adakah kita hanya mampu berdOa??

Umat Islam harus segera bertindak! Kita perlu bersatu... Bagaimana?
 
"Dan taatilah Allah dan rasulNya dan janganlah kamu berselisih, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan kekuatanmu hilang dan bersabarlah. Sungguh, Allah berserta orang-orang sabar." [Surah Al-Anfal (8): 46]

"Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim sama seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri."  
[HR. Bukhari]



Wahai manusia,
Demi al-Aqsa tercinta,
Jangan sekali kau kata kau tiada daya,
Diam seribu bahasa,
Mampu berdoa cuma?
Namun,
Apakah erti doa,
Jika usahanya tiada.
Rumah Allah itu kian dirobek,
Saudara seakidah kita pula,
Terus dibunuh, dan diperkosa,
Sungguh kejam, sedangkan mereka juga manusia.
Namun kita,
Hanya mampu melihat dan membiarkan sahaja?
Tergamakkah kita?
Bangkitlah kalian,
                                         Demi al-Aqsa tercinta.
                                           Tepuk dada,
                                          Tanya hati,
                                                 Sudahkah cukup aku berusaha?

Persoalannya mudah je...
apakah yang kita akan buat selepas ini..selepas saat ini...
persaoalan ini jugalah yang akan di kemukakan di akhirat nanti..apa yang kita nak jawab?
adakah kita masih mahu tidur..mengelamun dalam mimpi fantasi?

Bangkitlah..!!kita perlu teruskan perjuangan...
Berjuang dengan apa yang kamu mampu...
Demi Allah..Demi Islam...

Ampunkan aku Ya Rabb... :'(

Gadis... Usaplah air matamu... dan Tersenyumlah... ♥

Pedih hati ini melihatmu bersendiri dalam kesedihan..
Bagai ribuan pedang menggores hatiku...
Saat mendengar keluh kesahmu..
Ingin rasanya ku ikut menangis bersamamu..
Saat kau menitiskan air mata...

Gadis…

Bukan deritamu yang menyakitkanku..
Bukan kemarahanmu yang membuatku pedih...
Bukan masalahmu yang membuatku menangis...

Tapi yang menyakitiku adalah penyesalanku terhadap kenaifanmu..!
Yang membuatku menangis adalah kesedihanku akan kebodohanmu...!
Yang membuatku marah adalah kebencianku atas smua yang kau tangisi...!!

Sejak dulu kau tahu mereka yang datang padamu dengan berbagai pesonanya...
Dengan semua pujuk rayunya...
Dan menawarkanmu ikatan yang tak jelas asalnya...
Yang sebenarnya....Mereka sedang menawarkan kebinasaan padamu....!



 Dia yang kemudian menawan hatimu...
Mewarnai hari-harimu dengan berbagai perhatian palsunya..
Memujamu dengan ribuan kata-kata indah membawamu terbang...
Dan lupa berpijak di bumi yang nyata..!


Yang akhirnya akan membuatmu terjeremus ke dasar yang paling HINA dalam hidupmu..!

Dia yang menghabiskan semua waktumu..
Menjerat alam fikirmu, smuanya..semuanya..!
Dalam fikiranmu hanya tentang dia...
Yang akhirnya akan membuatmu tersepit dalam ruang penderitaan yang teramat sangat....

Gadis..

Kaupun sangat tahu..
Rasa yang tumbuh yang kau semai dan kau bingkai rasa ini..
Rasa yang semakin merekah di dalam hatimu...
Adalah rasa yang salah arah, salah tempat dan waktu..

Tapi gadis... mengapa ??
Mengapa tetap saja kau membiarkannya tumbuh subur...
Bahkan berakar dalam hatimu yang dulu putih suci tak ternoda....

Gadis..

Tahukah kau ?
Saat mendengar semua deritamu,
Ingin rasanya kumarah, marah pada kebodohanmu...!
Marah pada semua langkah yang kau tempuh...!
Padahal kau sangat faham Bahawa langkah itu akan membawamu ke dalam jurang kenipuan...kehinaan yang paling dalam..

Sakit rasanya hati ini menatap wajahmu yang bersimbah air mata...
Yaa.. air mata yang tak sepatutnya kau titiskan untuk serigala2 itu...!!



Dia yang tak layak kau tangisi,
Gadis... air matamu begitu suci untuk mereka..

Gadis..

Bersabarlah.. Bersabarlah.. !!!
Hati wanita memang begitu rapuh untuk mereka permainkan.
Wanita memang kadang begitu naif...
Dan mudah terjerat pada rayuannya yang penuh bisa.
Menangislah jika memang mampu mengurangi sesak dadamu....

 




Tapi setelah itu gadis.. Usap air matamu.. !!
Jangan biarkan ada kabus air mata yang menutupinya...
Berdirilah dengan teguh, kerana kita tak serapuh yang mereka sangka....
Pandanglah ke atas, dan kau akan menemukan indahnya bias pelangi...
Dan hangatnya sang suria..

Lalu tersenyumlah dan katakan dengan lantang di dalam hatimu,
Bahwa 

"kau tak akan pernah tertipu dengan cinta palsu mereka lagi".

Jangan fikirkan dia yang telah menyakitimu,
Tapi yakinlah dia akan di gantikan dengan seorang yang jauh lebih baik untuk dunia dan akhiratmu...

Jangan dirisaukan semua cinta yang telah hilang
Kerana ketahuilah cinta suci nan abadi,
Akan terbingkai indah dalam ikatan yang dinaungi cinta Ilahi Rabbi....

Jangan tangisi lagi perhatian2nya yang tak lagi kau miliki...
Kerana ketahuilah, hati yang suci yang kau persembahkan untuk Ilahi Rabbi,
Tak akan pernah kau temukan kekecewaan....

Hari-harimu akan di liputi oleh ribuan malaikat yang selalu mendakapmu
Dalam cinta hakiki sang Ilahi...




Tersenyumlah.. !!!

Hapus air matamu, dan yakinlah di sana, Rabbmu membentangkan TanganNya Dan sedang menyambutmu dalam DakapNya yang hangat, Cinta suciNya, yang tak ada kekecewaan padaNya..

InsyaALLAH..

Wednesday 20 June 2012

Bahagiaku ♥


Ya Allah..
Aku tidak ingin mencintai dia kerana ketampanan wajahnya..
Jika ketampanan wajah yang aku cari...
Tidak mustahil jika suatu waktu aku akan berpaling kepada yang lebih tampan...

Aku tidak ingin mencintai dia kerana kekayaan yang ada padanya..

Jika kekayaan diri yang aku cari...
Tidak mustahil jika suatu waktu aku akan berpaling kepada yang lebih kaya...

Aku tidak ingin mencintai dia kerana kedudukannya yang tinggi..

Jika kedudukan yang aku cari...
Tidak mustahil jika suatu waktu aku akan berpaling kepada yang lebih berkedudukan tinggi...

Aku ingin...
Mencintai..Menyayangi...dia..kerana...

Ketakwaannya dalam beragama...
Kesopanannya dalam bertutur kata.
Keramahannya dalam berbicara..
Kemulian akhlaknya dalam pergaulan..


Aku ingin menjadi permaisuri hatinya...

Akan aku senantiasa setia menantinya..
Akan aku senantiasa taat dan patuh kepada dia yang kelak menjadi suamiku...
& Aku akan merasa dimuliakan oleh dia yang bakal bergelar suamiku...

Dan itulah sebenarnya keinginan ku..
Didampingi seorang lelaki yang akan mampu menasihati diri yang lemah ini...
Didampingi seorang lelaki yang akan mampu membimbing diri yang serba kekurangan ini..
Didampingi seorang lelaki yang akan mampu membawa diri ini kepada RedhaNya...

Sungguh tidak dapat dilukiskan betapa bahagianya diri ini...
jika kamu benar-benar memperlakukan diri ini seperti itu...

Saturday 9 June 2012

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم



Ya Allah..
Yang membolak-balikkan hati kami.. 
Selama ini aku tidak pernah tahu bagaimana rasanya bercinta, 
namun ku berharap, 
bila cinta hadir menyapaku, 
aku tidak akan kehilangan Engkau..

Ya Allah..
Selama ini aku hanya berharap, 
semoga dapat mencintai orang yang memiliki cinta luar biasa pada-Mu.
.
Ya Allah..
Selama ini aku juga berharap, 
semoga akan dicintai oleh orang yang dapat mengarahkanku menuju keredhaan-Mu..

Pintaku Ya Allah..
Izinkan aku memiliki rasa ini hingga ia menjadi indah di dada
kami, tanpa menghilangkan rasa cinta kami pada-Mu..


“JANGAN BIARKAN CINTA MEMBAWA HATI, 
AKAN TETAPI BIARLAH HATI MEMBAWA CINTA..”

Jika cinta itu ikhlas atas dasar perasaan, biarlah ia bersemai subur sepanjang zaman. :)



“Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya…”

 Nur memang tak sesempurna Aisyah dalam kecerdasannya ataupun Fatimah dengan kelembutannya. Tapi Nur akan berusaha cerdas layaknya Aisyah dalam naunganmu dan Nur akan berusaha selembut Fatimah dalam menenangkanmu. 


 Kamu memang tak sehebat Ali ataupun sekuat Umar, 
tetapi kau akan menjadi hebat seperti Ali ketika kamu menjaga Nur dalam kelemahan Nur..
dan kamu akan sekuat Umar agar Nur tidak selalu menjadi tulang yang bengkok.
Nur memerlukan imam yang boleh menjaga keimanan, 
bukan sekadar teman berkongsi perasaan..

Maka datangilah waliku akhi.. Ku tunggu pinanganmu..=)
"Mudah²an engkau sedar bahawa engkau sekadar menghitung hari..
Setiap kali matahari terbenam bermakna satu hari
telah hilang daripada kiraanmu..
Itu juga bermakna sebahagian hidupmu juga telah hilang."

~Al-Imam Hasan Al-Basri~