Wednesday 9 October 2013

Aku , Niqab & Sukan! ^_^


Bismillah... Assalamualaikum wbt buat sahabat-sahabat yang sudi membaca blOg Nur yang dOp rOp cetOng nim...hehee..

InsyaAllah..Hari nie Nur akan kongsikan serba sedikit mengenai niqabis dan bersukan atau dalam kata lain beriadah la kot.. :p

Ramai yang anggap seOrang niqabis itu tempatnya duduk diam-diam dalam rumah..  Nur tak setuju,, kita masih boleh keluar bersukan atau beriadah janji pastikan dalam keadaan yang menutup aurat, sOpan (dalam kata lain tak tergedik-gedikla) dan dalam suasana yang terjaga (tak terlalu bercampur dengan ajnabi wa adabi)

Sehelai kain kecil diwajah ini bukan penghalang untuk kita bersukan juga untuk menjaga kesihatan. Jubah juga bukan alasan yang kamu tidak bOleh melakukan apa-apa aktiviti di luar sana...Alah bisa tegal biasa kawan...


Nie mase jungle tracking


Lebih kurang setahun yang lepas...selepas beberapa hari bergelar isteri...Nur dan En.Suami telah menyertai satu kem mOtivasi.. Meskipun disana semua mahasiswa luar negara dan hanya Nur sOrang sesat student dari Malaysia.. dan Nur kelihatan agak asing kerana satu-satunya peserta berniqab..Nur nekad untuk terus berniqab..Walaupun untuk aktiviti jungle tracking..

Panas? Ye memang panas..  Tapi baru panas dunia..uhu... untuk keselesaan yang lebih baik..Bagi aktiviti berpeluh dan lasak macam nie.. Nur lebih suka untuk pakai niqab arab yang tutup dahi tue..Lebih mudah untuk berlari ... tudung xde la tertarik ... n tak payah nak bela2 tudung sebab dah kemek kena ikat ngan niqab..hehee,..

Bila ade masa lapang..Nur akan keluar dengan kawan-kawan untuk pergi berkayak.. pakai ape?? Jubah jer...hihi... Tapi dalam jubah tue Nur pakai jugak la seluar..ala macam tak biasa pulak..satu sebab Nur pergi naik mOtor...dua, yela sekadar berjaga-jaga..kalau la terbalik ke kayak tue...xde la kain jubah tue terselak dan seluar kan adee!! ^_^





Nur jugak ikut sahabat pergi berenang di kOlam uitm .. Apa yang memeranjatkan Nur..sangat ramai rupanya niqabis yang pandai berenang disitu!! O_O

Pakaian? mereka pakai pakaian renang muslimah tue la.. & kat kOlam Uitm tue ade jadual bagi pelajar lelaki dan perempuan.Jadi tak bercampur la dua2 jantina nie...Lalu bOleh la berenang dengan senang hati.

Nur biasa jugak ikut En.Suami gi main bOwling... Macam biasa (kena paksa) haha... pakaian? hmm..sebab Nur niat nak g mall nak shOpping tapi tetibe kena main bOwling plak..sO Nur pakai Jubah dan Niqab separuh aje la..hehe...Alaa senang je bOwling...baling je bOla tue..kena tak kena lain cite..ahaha..ok Bai~ :p

Seterusnya, En. Suami telah membeli satu set memanah.. Dan itu dijadikan sebahagian daripada aktivit sseharian kami pada waktu petang... Awalnya Nur hanya jadi penOntan.. Bila sekian lama diajak oleh En.Suami..Akhirnya Nur pulak yang over memanah dari dia...hehee...Pakaian? sebaik-baiknya pakai la tshirt labuh muslimah tue dan seluar...n pakai niqab tutup dahi pOn nice jugak.. Tapi even nak pakai juabh n niqab separuh pOn xde masalah... Kita bukan nak berlari...Tangan je main peranan..

Kalau Nur memang dari rumah..Nur akan pakai la seluar, tshirt labuh dan niqab tutup dahi tue.. Tapi kekadang En.Suami nak memanah di uitm..Nur dengan pakaian g kelas je pegi memanah..hehe...


Memanah tepi rumah..hehe


Memanah di padang UiTM



BadmintOn adalah salah satu game favorite Nur dari kecik lagi.. dari sekOlah rendah la.. selalu main dengan kawan-kawan kat kampung..dengan adik beradik Nur...dengan abah & mama pun selalu..hehee..Tapi sekarang abah & mama dah tak larat nak lompat2 nie..Jadi En.Suami la jadi pasangannya... Time nie Nur pakai seluar dan tshirt labuh... Niqab? Nur pakai niqab separuh =)

Main badminton depan rumah di Pahang

Dekat Seremban nie banyak sangattt taman... Jadi tak lepaskan peluang la.. Hujung minggu Nur dan En.Suami akan keluar berjOging...ok nie kan nak lari-lari..sO Nur pakai seluar la..hehe..Tapi pakai je niqab separuh tue.. 


BerjOOging wa berdating di Taman Seremban


Okk..itulah diantara sukan-sukan atau riadah yang Nur pernah cuba sebagai seOrang niqabi..Baaanyak lagi sebenarnya yang awOp semua bOleh main.. Cuba la.. Jangan rase malu....  Nur sekarang tengah berangan-angan nak menunggang kuda!! ..kalau la ade sekor kuda sendiri..kann..kan.. hihihihi..



"Mudah²an engkau sedar bahawa engkau sekadar menghitung hari..
Setiap kali matahari terbenam bermakna satu hari
telah hilang daripada kiraanmu..
Itu juga bermakna sebahagian hidupmu juga telah hilang."

~Al-Imam Hasan Al-Basri~