Sunday 25 November 2012

Suamiku sayangg..



Alhamdulillah...Hampir 3 bulan bergelar sebagai seOrang isteri...
Kini hati sudah mula terasa syahdu bila diri keseorangan
tiada insan tersayang di sisi…

Tetapi percayalah...
setiap ujian yang Allah turunkan ada hikmah tersendiri…

Nur yakin...
Allah mahu menjadikan Nur sebagai seorang isteri
& juga bakal "Ummi" yang kuat dan tabah... ^_^

Mudah-mudahan dengan perpisahan untuk sementara waktu ini,
menguatkan lagi cinta & hubungan antara kita suami isteri..
Bahkan bertambah-tambah cinta kita pada Ilahi… ♥

Kata orang..
"sayang anak tangan2 kan sayang isteri tinggal2 kan"...

Pemergiannya demi menuntut ilmu...
Bukan untuk orang lain tetapi untuk masa depan kami dan bakal anak2 kami juga..

Kerana itulah Nur redha dengan situasi ini..
& sentiasa mendoakan En.suami sentiasa di bawah lindungan Yang Maha Esa...
InsyaAllah….

Sebenarnya saat berjauhan dengan suami ini,
memberi ruang pada Nur untuk lebih dekat dengan Ilahi...

Bukan bermakna bila bersama suami terasa jauh dengan Allah…
tetapi bila berjauhan itulah akan timbul rasa kesyukuran disaat suami di sisi...
terasa ingin selalu mendoakan En.suami sihat sentiasa… ^_^

12 hari yang kita lalui itu cukup bermakna buat Nur...
& cukup untuk Nur jadikan kenangan dikala keseOrangan.. ♥

Kini,Al Quran menjadi teman setia…
seperti yang selalu dinasihatkan oleh En.Suami..
dikala rindu..bacalah kalam-kalam cinta dariNya..
agar cinta,kasih & sayang yg hadir semata-mata keranaNya..

Hidup kita hanyalah sementara, hargai apa yang kita ada..
Bersyukurlah dengan nikmatnya..

Alhamdulilah..syukur tak terhingga atas segala kurniaanNya…
semOga cinta kita sampai Syurga… ♥

*Redha akan Nur yea suamiku ♥

1 comment:

  1. subhanallah.. lama dah follow blog ni.. tp rasa kaku nk beri komen..

    semoga nur kekal bahagia. ieza yang sehari kena tinggal pun kdg dh merajuk2, ini nur masih boleh redha.. za kn byk muhasabah diri..

    ReplyDelete

"Mudah²an engkau sedar bahawa engkau sekadar menghitung hari..
Setiap kali matahari terbenam bermakna satu hari
telah hilang daripada kiraanmu..
Itu juga bermakna sebahagian hidupmu juga telah hilang."

~Al-Imam Hasan Al-Basri~