Wednesday 15 August 2012

Syurga kita..





Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“ Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya."
 Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi

Apabila tarikh perkahwinan kita ditetapan..Awal kata, 
ALHAMDULILLAH  yang tak terhingga buat Yang Maha Esa..

Bersyukur kerana dengan pernikahan ini terselamatlah dua anak Adam daripada godaan syaitan & daripada dosa besar menghampiri zina.

Rasulullah saw bersabda, bermaksud: 
"Wanita yang paling berkat ialah yang paling murah maharnya dan mudah urusan perkahwinannya."




Peringatan buat Nur sendiri & Encik suami..

janganlah dirosakkan keberkatan itu dengan 
perkara-perkara yang tidak nampak.
Penyakit-penyakit hati..

ibadah yang terjaga..
aqidah yang sejahtera.
Antara perkara yang wajib kita teliti bersama...

Jangan lupa untuk bersyukur...
Bukan saja bersyukur dengan perkataan ALHAMDULILAH..
tapi berakhlak, berkelakuan,
persis gaya orang yang bersyukur..


Beberapa minggu..hari saje lagi..^_^
semOga kita berdua dapat menjaga keberkatan hubungan dalam tempoh ini...
Moga-moga sedikit kesilapan pun sedaya upaya kita elakkan...
Sedikit dosa dan maksiat,
seboleh mungkin kita jauhkan...

(jangan salahkan Nur kalau penumbuk hinggap dipipi..mase nie la nak tunjuk gengster pon..
6t da jadi isteri wat camtue dikata derhaka plak..:p)

 Kadang-kadang,
boleh jadi perkara yang kecil,
boleh merosakkan sebuah keberkatan.

Jalan yang kita lalui ini sudah cantik..
perkenalan kita yang singkat..
Kali pertama bertemu terus bertemu sang wali..
Benarlah...
Niat yang baik..pasti Allah bantu..
tinggal lagi Nur dan Encik Suami
memperindahkannya... 



Masa yang ada, 
InsyaAllah..Nur akan gunakan sebaiknye untuk mendalami ilmu agama...
Walaupun Encik Suami bakal mendidik Nur kelak..
tidak salah seandainya Nur meringankan beban Encik Suami..kann..^_^
Tambah pula InsyaAllah..Encik Suami bakal bergelar seOrang doktor,
tanggungjawab terhadap ummat terrrlalu besar...


InsyaAllah..
Nur akan Terus menyokong Encik suami di bidang perubatan.
Terus menyokong Encik Suami dibidang dakwah dan tarbiah.

Nur ingin menjadi penguat buat Encik Suami..
Ingin menjadi wanita yang hebat disebalik kehebatan Encik Suami..
InsyaAllah...


Sukanya andai kata nanti Encik suami bOleh nyanyikan Nur sebuah lagu,
Isteri Solehah,
nyanyian The Zikr.

Isteri cerdik yang solehah,
penyejuk mata,
penawar hati,
penajam fikiran.
Dirumah dia isteri,
dijalanan kawan,
sewaktu kita buntu,
dia penunjuk jalan.

Selebihnya lirik, 6t Encik Suami cari n hafal sendiri yea..hihi. .:p
bukan sekadar "Love u like a lOve sOng"hihihi...
ok..kembali serius...^^

Menjadi seorang isteri yang solehah,
mudah tapi hakikatnya susah..

Petikan dari sebuah buku..
Denyut Kasih Medik
tulisan Farhan Hadi,
katanya,
seorang lelaki yang memiliki isteri solehah lebih berharga daripada dunia dan seisinya... 

Ia satu motivasi yang baik buat Nur..
untuk bergelar isteri yang solehah...

Wahai Encik Suami...
kelak bila Nur bergelar isteri..
Nur tidak mengharap dilayan bak bidadari..
Tetapi sebagai suri,
  Sebagai permaisuri.
InsyaAllah..

permaisuri yang menyenangkan Encik Suami
sewaktu susah..

Memudahkan Encik Suami,
sewaktu  payah..

Meringankan Encik Suami,
sewaktu terasa berat...

Nur sedar...
Perkahwinan ini bukan milik Encik Suami semata-mata..
Walaupun Encik Suami kelak sebagai ketua bahtera rumahtangga..
tapi tanggungjawab mengharmonikan rumah tangga
terletak di bahu kita berdua..

Walaupun baitul muslim yang bakal di bina adalah
JARAK JAUH,
jangan sesekali memandang senang pada jarak.


Ramai orang kata,
kawin duduk jauh,
senanglah...
Tak perlu selalu ada dengan suami...

Namun bagi Nur..
sebaliknya...

sedih mengenangkan terpaksa berjauhan dengan Encik Suami untuk jangka masa yang lama...
 

Bagaimana kelak jasad yang tiada disisi suami ini dirasai kehadirannya oleh suami?
Hebat tu kalau Nur boleh buat...^_^
InsyaAllah.. 
 


sekarang Nur & Encik Suami busy bincang majlis kahwin...
Namun ingatlah..
bagaimana susahnya kita merancang majlis kahwin,
majlis itu hanya sehari dua sahaja..

Sedangkan,
perjalanan Nur dan Encik Suami..
lebih dari puluhan tahun..
InsyaAllah sampai ke Syurga..

Maka, 
Perjalanan itu lebih perlu pada perancangan yang teliti.
Merancanglah...

Jangan asyik membincangkan majlis kahwin,
sehingga terlupa berbincang perancangan selepas kawin.

Agak2 ape yea matlamat Baitul Muslim nie?

Semestinye bukan sekadar memenuhi tuntutan agama.. 
tuntutan keluarga dan tuntutan diri.. 
sebaliknya ia adalah memenuhi tuntutan Allah...
betul x Encik Suami??

Jom kite renungkan kembali kenape Rasulullah SAW menyuruh ummatnya berkahwin..
Bukan sekadar berkahwin, malah Baginda jugak beri kita pelbagai guidelines dalam memilih pasangan.

Apakah matlamatnya?

Bayt dakwah.
Bayt Haraki.
Bayt tarbiah.

Apa saja nama yang ingin kita beri kepada baitul muslim yang dibina, 
Nur tak kisah..

Tapi kemana hala tuju perkahwinan itu dibawa,
itu yang perlu ditekankan..

ingat tue yea Encik Suami?..^_^


 Di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :
"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".
Sempurnakan taqwa..
Separuh InsyaAllah bakal sempurna, tinggal lagi separuh..
Separuh inilah yang akan membawa kita ke syurga...Yurp..dengan taqwa...
Semoga baitul muslim tidak membuatkan kita hilang dari medan amal islami..
Semoga baitul muslim juga tidak membuatkan kita kaku di medan dakwah..

Nur harap..
Kita punya hala tuju yang 'meriah' dengan dakwah dan tarbiah dalam rumahtangga yang bakal dibina...
Insya Allah.
sama-sama kite dOa yea...
Banyak memberi, kurangkan mengharap..iyea Encik Suami??
pesanan Ustaz Hasrizal :
kepada yang bakal mendirikan rumah tangga... 
Mungkin bukan mudah untuk kita berjalan sama perlahan, berlari sama laju dengan bakal pasangan..Tapi usaha untuk mencari kesatuan itu yang perlu...Mustahil Nur & Encik Suami sama..Sedangkan kita melalui tarbiah yang berbeza, keluarga yang berbeza, background pendidikan yang berbeza...kan??
Haa...Atas dasar perbezaan inilah,
perlunya tolak ansur dan toleransi.
Juga,
perlukan pengorbanan untuk saling memahami.

Wahai Encik Suami..
berkahwin bakal menyatukan keluarga Nur & keluargamu..
InsyaAllah akan Nur cetuskan suasana yang harmoni...
dan sentiasa sematkan dalam diri,
syurga suami tetap di bawah tapak kaki ibunya...
Sebagai anak lelaki,
Nur benarkan dengan rela hati agar Encik Suami bertanggungjawab terhadap keluarga..
  Dan Nur sepatutnya berbangga apabila Encik Suami menjadi anak yang soleh, 
kerana
itu adalah
kunci Encik Suami untuk ke syurga...
Dan kunci Nur untuk ke syurga,
ada pada Encik Suami..
Seronok hidup berumah tangga...
Seronok itu subjektif sebenarnya...
SemOga bayt muslim itu,
waktu senang pun seronok,
waktu ada masalah pun seronok....
InsyaAllah...
 
Wahai Encik Suami..
lepas nie hidup kita bakal berubah..
Doakan yang terbaik untuk kita bersama yea..



Akhir skali...
Khas buat Encik Suami juga diri Nur...
akad nikah itu penamat kehidupan bujang.
tapi
sebenarnya ia adalah satu permulaan baru
kepada kehidupan yang lebih mencabar...

Sediakan mental, fizikal, dan rohani yang mantap..


Ya Allah Ya Latif Ya Rahman Ya Rahim
Engkau mengetahui bahawa hati-hati
ini telah bersatu kerana mengasihimu,
bertemu untuk mematuhimu,
bersatu memikul amanahmu..

 hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat dan menyokong syariatmu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya..

 kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
akan jalannya yang sebenar...
Penuhkan hati ini
dengan cahaya Rabbanimu yang tidak kunjung malap...

Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan
keimanan dan keyakinan...

 Jadikan kami suami/isteri yang soleh/solehah
dan berikan kebahagiaan yang berkekalan
buat kami di dunia dan di akhirat...
Amin Ya Rabbal Alamin....

4 comments:

  1. entry ni nampak sweet..tp mcm ada part xsesuai je public..pndgn saya yg baru berkahwin selama 2 tahun..delete la comment saya..sekadar teguran ikhlas..

    ReplyDelete
  2. Sahabatku an-nisa
    Letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki,
    Andai Dia yang engkau dahului,
    Engkau takkan gelisah,
    Andai dia tidak hadir di
    depan mata,
    Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa
    mengatakan rindu..
    Kerana engkau percaya..
    DIA yang terbaik..

    Lantaran DIA yang terbaik
    DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,
    Dan andai dia yang terbaik untukmu,
    DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya walaupun jarak menjadi pemisahnya..
    Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi..
    Yakinlah!

    Kerana DIAlah penjaga iman kita..
    Yakinlah dengan DIA..
    Serahkan segalanya pada DIA..
    Kerana DIA tahu yang terbaik,
    Sedangkan kita tidak.
    ALLAHu 'alam.
    Akhirul kalam
    Letakkan si DIA dalam hatimu,
    Engkau akan merinduiNYA,
    Andai harimu tiada ingatan kpdNYA,
    Engkau akan gelisah andai DIA,
    Tidak mendengar rintihanMu,
    Engkau kan rindu,
    Andai DIA tidak memandangmu,
    Engkau kan tak keruan andai,
    Doamu ditolak..
    Dan itulah cinta hakiki..
    Kerana engkau yakin,
    Di sana adanya sebuah
    Pertemuan di taman Syurga yang Indah..
    Bercintalah kerana ALLAH..
    Dan Engkau akan merasakan,
    Erti bercinta yang sebenar :)

    *SELAMAT PENGANTIN BARU AN NI'SA:)*

    بارك الله لكما وبارك عليكما
    وجمع بينكما في خير
    Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan...aamiin :)

    ReplyDelete
  3. subhanallah,...mudahan sentiasa dalam berkah Rabbi

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah nur..maaf baru kesempatan membaca blog kamu ya ukhti..Selamat pengantin baru tak berapa nak baru :)
    c

    saya tahu nur mmg nak insan ketiga,keempat ,kelima..saya juga gembira buat kamu dan saddam..semoga rumah tangga kamu dihadiri dengar suara si kecik..tak sabar sy nak jadi makcik..hehe
    semoga perkahwinan kamu dan suami sampai ke syurga..
    ameen ya rabb.

    # saudara kamu dr jauh <3

    ReplyDelete

"Mudah²an engkau sedar bahawa engkau sekadar menghitung hari..
Setiap kali matahari terbenam bermakna satu hari
telah hilang daripada kiraanmu..
Itu juga bermakna sebahagian hidupmu juga telah hilang."

~Al-Imam Hasan Al-Basri~