Monday 28 May 2012

Bantu aku Ya Rabb..untuk aku bantu mereka..

Aku Lahir ke Atas Dunia dengan Izin  Allah ..
Lahir Saat Rasulullah dan Para Sahabat telah tiada..
Para Tabi' dan Tabi'in juga telah meninggalkan aku..
Zaman ku adalah Zaman Pemerintahan Islam tidak lagi berkuasa...

Aku terbit di tengah masyarakat Islam ..
Namun Islam tiada lagi Dalam Hati dan Hidup Mereka..


Namun aku bersyukur...
kerana masih ada lagi insan2 yang mahu melihat Islam Bersinar semula..

Aku Kuatkan Azam untuk menyertai mereka..
Cuba sedaya upaya menggerakkan generasiku yang telah lumpuh..
Generasi seusiaku yang sakit..
Lalai dengan hiburan dan asyik dengan memuaskan nafsu..
Sibuk dengan cinta yang penuh Noda..

Aku bimbang kan Lemah untuk Membimbing mereka..
kerana aku juga tidak Sempurna.. :(

Namun aku sedar bahawa Tugas Besar ini adalah Wajib..!
dan tidak memerlukan Insan Sempurna...
Kerana Tiada Manusia yang terlepas Dari Dosa...
Dan Tugas ku Adalah Berusaha..

Gagal Jatuh, diCela tak diTerima itu perkara biasa...

Aku terus Berdoa agar diri ini di Tetapkan Hati ..

Bukan Nilaian Harta yang ku Cari..
Bukan juga kerana Nama ini diKenal sebagai Insan yang Baik dan Mulia ..
Cukuplah Redha Mu Ya Allah sebagai Harga...


Bantulah Hamba Mu ni Ya Allah...
Sedarkan Semula Generasiku Ya Rabb...
Bangunkan semula Umat Ini...
Nur Yakin Islam pasti Kembali dan Nur tak akan Berhenti..

Katakanlah (wahai Muhammad): 

"Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."
(Yusuf 12:108)



Layan lagu nie dulu...Bangkit!!! (^__^)v
 

1 comment:

  1. InsyaAllah..Allah memilih kita antara hambany aterawal di usia ini untuk terjaga dari tidur yg panjang, sya what?..alhamdulillah!
    so , now mari kita tautkan hati kit abersama, mengangtungkan harapan di tali Illahi, dan meletakkan bandulan sebrat yang boleh, agar ia sentiasa berpusing ,sehingga tak ada masa kita mengucap lelah dan lesu demi agamanya..mari sahabatku ahfizah2 kita melangkah bersama..islam pasti gemilang! Allahu Akbar!

    ReplyDelete

"Mudah²an engkau sedar bahawa engkau sekadar menghitung hari..
Setiap kali matahari terbenam bermakna satu hari
telah hilang daripada kiraanmu..
Itu juga bermakna sebahagian hidupmu juga telah hilang."

~Al-Imam Hasan Al-Basri~